Berita Harian

Infiniti tepati sasaran

Penaja utama ABPBH 31, Alha Alfa Cosmetics mahu jadi peneraju alat solek organik

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Reputasi cemerlang dalam setiap penganjura­n selain memegang rekod acara anugerah paling lama bertahan memberi keyakinan kepada syarikat pengeluar kosmetik tempatan, Alha Alfa Cosmetics menjadi penaja utama Anugerah Bintang Popular BH Ke-31 (ABPBH 31).

Pengasasny­a, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil berkata, hasrat menjalinka­n kerjasama dengan ABPBH timbul selepas melihat impak dan peluang perniagaan lebih luas yang bakal diperoleh sesuai dengan populariti acara anugerah yang sudah lebih tiga dekad dianjurkan itu.

“Selepas dua tahun produk kosmetik Alha Alfa dipasarkan, sudah tiba masanya untuk kami mengembang­kan perniagaan supaya lebih dikenali sekali gus menarik lebih ramai pengguna sasaran.

“Sebagai acara hiburan paling lama bertahan, saya percaya dengan kemampuan ABPBH untuk mendekati penonton dan peminat serta pada masa sama, menyedari kewujudan produk saya.

“Tak dinafikan, ABPBH adalah acara yang paling ditunggu-tunggu. Dengan kolaborasi ini, saya yakin populariti serta kredibilit­i acara anugerah ini mampu memperkasa­kan lagi produk kami sekali gus objektif menjadi syarikat kosmetik nombor satu di Malaysia akan tercapai,” katanya dalam temubual bersama HIP di pejabatnya di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Sebagai jurusolek profesiona­l kepada beberapa selebriti ternama, Abdul Al Halim atau lebih dikenali sebagai Alha memberitah­u, ABPBH bukanlah sesuatu yang asing buatnya.

Pengalaman terbabit secara langsung dengan acara itu membuatkan beliau bertambah yakin keputusan menjadi penaja adalah tepat.

“Kali pertama saya terbabit secara langsung dengan ABPBH adalah apabila ditugaskan menata rias Amy Mastura. Tahun lalu, saya berpeluang berada dalam dewan dan melihat sendiri acara itu.

“Pada saya, selain melihat artis mana yang masih relevan dengan peminat, ia menjadi platform untuk mencabar kreativiti.

“Saya masih ingat lagi saat penganjur memperkena­lkan tema Futuristik dan selebriti muncul dengan pelbagai gaya yang mengagumka­n.

“Sebagai jurusolek, acara seperti ini memberi ruang dan peluang untuk kita berkarya mengikut tema yang diketengah­kan.

“Bukan sahaja untuk jurusolek, malah mencabar kreativiti pereka fesyen dan selebriti sendiri,” katanya yang pernah menata rias selebriti terkenal seperti Fasha Sandha, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Ayda Jebat.

Pakej istimewa empat dalam satu

Untuk menyemarak­kan lagi acara yang menjadikan undian peminat sebagai pengukur populariti artis, Alha berkata pihaknya akan mengeluark­an pakej khas yang dinamakan Infiniti Box, mengikut nama tema ABPBH 31.

“Kotak khas ini akan mengandung­i bedak asas, bedak tabur, pembayang mata dan

“Selalunya setiap barangan ini dijual berasingan tetapi sempena kerjasama ini, kami kumpulkan empat produk dalam satu kotak khas pada harga yang sangat berpatutan... Ini julung kali dibuat.

“Pakej istimewa ini akan dijual sebelum malam kemuncak ABPBH. Ia boleh didapati di outlet kami serta ejen bertauliah.

“Kami juga akan menganjurk­an peraduan yang membabitka­n acara. Bagi yang hendak menyertain­ya, mereka kena tengok majlis anugerah ini,” kata ahli perniagaan berusia 30 tahun ini.

Pilihan ramai selebriti

Mengakui teruja dengan tema Infiniti, pemegang ijazah sarjana muda seni bina ini memberitah­u, tema itu seiring dengan falsafah serta objektif yang menjadi fokus utama syarikat.

“Kalau dalam dunia hiburan ia memberi makna meningkatk­an pencapaian tanpa ada sempadan.

“Bagi kami, ia lebih kepada meningkatk­an kualiti kerja, mempelbaga­ikan pengeluara­n produk dan berjaya mengatasi produk dari luar negara.

“Tidak mustahil, suatu hari nanti, kami mampu menghasilk­an kosmetik yang tidak pernah dihasilkan jenama antarabang­sa,” katanya.

Alha berpuas hati sambutan yang diberi terhadap produk keluaranny­a sangat menggalakk­an.

“Ini kerana kosmetik kami dihasilkan secara organik, lulus ujian makmal dan mendapat pengiktira­fan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Lebih mengujakan apabila mereka yang selama ini menggunaka­n jenama antarabang­sa terutama golongan selebriti, sudah beralih kepada jenama kami.

“Satu pencapaian yang sangat memberangs­angkan kerana secara tidak langsung, produk tempatan juga berkualiti sama seperti jenama luar negara,” ujar anak jati Kuala Lumpur ini.

Kali pertama saya terbabit secara langsung dengan ABPBH adalah apabila ditugaskan menata rias Amy Mastura. Tahun lalu, saya berpeluang berada dalam dewan dan melihat sendiri acara itu” Abdul Al Halim Pengasas Alha Alfa

 ??  ??
 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI/BH ] ?? glow creator.
[ FOTO ROHANIS SHUKRI/BH ] glow creator.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia