Berita Harian

Pendidikan kukuh hubungan Malaysia-uk

-

Kuala Lumpur: Bidang pendidikan tinggi sentiasa menjadi antara teras terpenting dalam kerjasama hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom (UK), kata Pesuruhjay­a Tinggi UK ke Malaysia, Vicky Treadell.

Beliau berkata, Malaysia kekal dianggap pusat pendidikan di Asia, selari matlamatny­a menjadi antara peneraju dalam hab pendidikan di rantau ini.

“Kita melihat Malaysia umpama nadi Asia dan lebih banyak institusi akademik UK, dijangka menjadikan negara ini sebagai pemangkin ke arah pengembang­an sistem pendidikan.

“Kita mempunyai 20,000 penuntut Malaysia di UK, iaitu kumpulan kedua terbesar selepas China, justeru menjadi harapan supaya mereka pulang ke Malaysia selepas menamatkan pengajian, untuk memainkan peranan penting dalam membentuk kemajuan negara ini,” katanya pada ucaptama pelancaran Biasiswa Graduan Oxford-jeffrey Cheah di Universiti Sunway di sini, semalam.

Treadell menyifatka­n, inisiatif itu berupaya memperkuku­hkan hubungan dua rakan terbaik dalam institusi pendidikan di UK dan Malaysia, selain diangkat sebagai simbol keakraban keduadua negara.

“Saya ingin merakamkan penghargaa­n kepada (Pengerusi Kumpulan Sunway) Tan Sri Dr Jeffrey Cheah Fook Ling, susulan inisiatif terbaru yang membawa impak mendalam ini, sekali gus berupaya mengubah kehidupan generasi muda dengan memperuntu­kkan laluan bersandark­an merit demi memperoleh pendidikan berkualiti, tanpa mengira latar belakang sosioekono­mi mereka,” katanya.

Kerjasama Universiti Oxford, Yayasan Jeffrey Cheah

Sementara itu, Jeffrey Cheah turut menyuaraka­n penghargaa­n kepada Universiti Oxford kerana terus menjalin kerjasama dengan Yayasan Jeffrey Cheah (JCF) dalam membantu golongan muda berbakat di Malaysia mencapai potensi mereka.

“Kita berbesar hati kerana menerima sokongan bertali arus daripada Universiti Oxford dan Universiti Kolej Brasenose, justeru besar harapan kami untuk melihat lebih ramai orang muda di Malaysia diberi peluang menuntut ilmu di institusi pendidikan ter- nama dunia.

“Biasiswa Graduan OxfordJeff­rey Cheah tercetus hasil keputusan Universiti Oxford pada Oktober 2017 untuk melancarka­n Skim Pembiayaan Bersama,” katanya sambil menambah biasiswa itu terbuka kepada calon dari negara anggota ASEAN.

Penerima sulung bagi biasiswa itu dianugerah­kan kepada Vivien Ho Wei Wen susulan kajian kedoktoran kendaliann­ya sepanjang tempoh tiga tahun mengenai perubatan dan biologi sel stem.

Gadis berusia 20 tahun kelahiran Ipoh, Perak itu dipilih Universiti Oxford dan Universiti Kolej Brasenose bersandark­an rekod kecemerlan­gan akademikny­a dan pelbagai kegiatan aktiviti beliau.

 ?? [FOTO ROHANIS SHUKRI /BH] ?? Jeffrey Cheah (dua dari kanan) menyerahka­n biasiswa kepada Vivien Ho, sambil diperhatik­an Treadell (kiri) selepas pelancaran Biasiswa Graduan Oxford-jeffrey Cheah di Universiti Sunway, semalam.
[FOTO ROHANIS SHUKRI /BH] Jeffrey Cheah (dua dari kanan) menyerahka­n biasiswa kepada Vivien Ho, sambil diperhatik­an Treadell (kiri) selepas pelancaran Biasiswa Graduan Oxford-jeffrey Cheah di Universiti Sunway, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia