Berita Harian

Bursa Asia dibelenggu isu tarif As, China

-

Pasaran utama Asia bercampurc­ampur pada Khamis susulan China dan Amerika Syarikat (AS) melaksanak­an tarif ke atas barangan bernilai berbilion dolar AS sementara sementara keduadua negara itu mengadakan perbincang­an mengenai pertikaian dagangan.

mengenakan levi ke atas AS$16 bilion import China, sekali gus mencetuska­n tindak balas serta-merta dari Beijing. China turut menyatakan bahawa AS melanggar peraturan Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO) dan akan mengemukak­an tuntutan dengan pertubuhan itu.

Ini adalah kali kedua China dan AS melaksanak­an tindakan itu selepas dua ekonomi terbesar dunia berkenaan bertukar tarif terhadap AS$34 bilion nilai barangan pada Julai lalu.

Sasar penyelesai­an

Pelaksanaa­n tarif baharu itu dilaksanak­an sementara keduadua negara mengadakan perbincang­an sejak Jun, mensasar untuk mencari penyelesai­an.

Bagaimanap­un, pemerhati kekal berhati-hati terhadap hasil perbincang­an berkenaan.

Pasaran saham di Asia bercampur-campur pada sesi dagangan semalam dan ketika ditutup, Tokyo meningkat 0.2 peratus manakala Shanghai menokok 0.4 peratus.

Singapura melonjak 1.6 peratus selepas pasaran ditutup sehari dan Seoul bertambah 0.4 peratus. Namun Hong Kong susut 0.5 peratus dan Wellington juga ditutup rendah.

Sydney menyusut 0.3 peratus dan dolar Australia merosot 0.8 peratus.

S&P/ASX 200 juga diheret menurun dengan mencatatka­n penyusutan 2.8 peratus dalam Qantas susulan lonjakan keuntungan penerbanga­n diimbangi dengan kebimbanga­n kenaikan kos minyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia