Berita Harian

Jemaah sesat lega ditemui tetamu raja

Sahari hilang ketika bergerak dari Arafah ke Mina

-

Daripada Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an

Mina

Seorang jemaah haji Malaysia yang terpisah daripada kumpulan ditemui di khemah jemaah haji tetamu Raja Salman Abdulaziz Alsaud, di sini.

Sahari Jundi, berusia lewat 60an,

ternyata lega dan hampir menitiskan air mata selepas dibawa ke bilik penginapan tetamu dari Malaysia dan diberi makanan serta minuman.

Beliau yang berasal dari Miri ditemui di bilik jemaah tetamu dari Yaman, malam kelmarin waktu Makkah oleh seorang daripada 30 tetamu dari Malaysia.

Dua hari terpisah

Sahari yang keletihan dipercayai tersesat ketika bergerak dari Arafah ke Mina untuk membuat lontaran di Jamrah.

Khemah tetamu Raja Salman terletak kira-kira 300 meter dari lokasi melontar di Jamrah.

Beliau diserahkan kepada wakil Tabung Haji (TH) pada jam 10.30 malam waktu tempatan atau 3.30 pagi waktu Malaysia selepas jemaah Malaysia menghubung­i TH di Makkah.

Sahari tidak banyak bercakap kerana seperti kebingunga­n tetapi kelihatan lega apabila dimaklumka­n beliau berada bersama jemaah haji dari Malaysia dan wakil TH akan membawanya ke Maktab 86, untuk menyertai kumpulanny­a semula.

Tidak banyak maklumat diperoleh daripada beliau kecuali menyatakan dia sudah dua hari terpisah daripada kumpulanny­a dan datang ke Makkah bersama isterinya.

 ??  ?? Sahari (kanan) diserahkan kepada wakil petugas TH.
Sahari (kanan) diserahkan kepada wakil petugas TH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia