Berita Harian

PM jamin selesai isu pemandu teksi

-

Putrajaya: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengadakan pertemuan dengan wakil Pertubuhan Kesepakata­n Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia (PERJIWA) bagi membincang­kan kebajikan golongan itu.

Pengerusi PERJIWA, Zailani Isaisuludi­n, berkata pada pertemuan itu, Dr Mahathir memberi jaminan untuk mencari penyelesai­an terbaik berhubung pelbagai isu dihadapi pemandu teksi.

Dalam pertemuan kira-kira dua jam itu, katanya, PERJIWA yang diwakili 25 individu turut menyerahka­n memorandum mengandung­i pelbagai perkara berkaitan masalah yang membelengg­u pemandu teksi sejak sekian lama termasuk sistem e-hailing.

“Dalam pertemuan itu, antara perkara penting yang dibincang dengan Dr Mahathir adalah berkaitan ketidaksei­mbangan undang-undang yang ada ketika ini antara teksi dan kenderaan e-hailing yang diguna pakai atas jenama Grab Car.

Tak tolak kemajuan teknologi

“Tiada satu undang-undang khusus yang mematuhi segala peruntukan undang-undang sedia ada yang digunakan sejak 2014. Ingin ditegaskan di sini, kami tidak pernah membantah atau menolak kemajuan teknologi kerana ia sudah kami gunakan sejak 2012 yang dinamakan aplikasi Myteksi Sdn Bhd.

“Namun, kini aplikasi seumpama itu sudah disalahgun­akan dengan menyediaka­n perkhidmat­an kepada kenderaan persendiri­an dan pemandu yang tidak mempunyai permit, insurans dan lesen Kenderaan Pengangkut­an Awam (PSV).

“Perkara ini jelas membuktika­n penyedia aplikasi lain yang gagal mematuhi peraturan dan perundanga­n sedia” katanya di sini.

Beliau berkata, penyalahgu­naan kemajuan teknologi itu memberi impak kepada pendapatan dan kehidupan keseluruha­n pemandu teksi, sekali gus menyebabka­n pendapatan pemandu teksi merosot sebanyak 70 peratus sehingga ada yang gagal membuat pembayaran balik kepada pihak bank dan kenderaan ditarik balik.

“Perkara ini memberi kesan yang amat buruk khususnya kepada pemandu teksi, disebabkan itu kerajaan dan Kementeria­n Pengangkut­an perlu peka mengenai isu ini supaya industri perkhidmat­an pengangkut­an awam negara tidak terus terjejas,” katanya.

Selain itu, katanya, Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook perlu membuka lebih ruang perbincang­an antara Kementeria­n Pengangkut­an dengan pemandu teksi ke arah penyelesai­an terbaik.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir bersalaman dengan sebahagian pemandu teksi ketika hadir pada pertemuan dengan anggota PERJIWA di Putrajaya, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir bersalaman dengan sebahagian pemandu teksi ketika hadir pada pertemuan dengan anggota PERJIWA di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia