Tampilkan aura Islam dalam pakaian seragam pramugari
pakaian pramugari syarikat penerbangan di Malaysia sudah lama disuarakan, tetapi tidak di bawa ke pengurusan atasan kerana pelbagai kekangan.
Walaupun dianggap perkara kecil kerana membabitkan pakaian wanita, dikira besar mengikut peraturan berpakaian bagi wanita Islam yang tidak mengikut hukum sebenarnya.
Bagi sektor kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan beberapa jabatan lagi, sudah ada kod etika pakaian berlandaskan syariah.
Jadi tidak menimbulkan masalah bagi pekerja wanita Islam kerana mereka tidak berasa malu dan janggal lagi apabila melayani pelanggan.
Bertudung ketika bertugas
Bagi jabatan yang tidak membabitkan pakaian seragam, kebanyakan pekerja wanita Islam memilih bertudung ketika bertugas selain pekerja bukan Islam diberi kebebasan berpakaian asalkan tidak mencolok mata.
Timbul tanda tanya kepada kita, sampai bilakah pramugari syarikat penerbangan akan terus berseragam demikian. Adakah pengurusan syarikat mahu terus mengekalkan bentuk pakaian berkenaan dan adakah kerajaan tidak berani campur tangan?
Kalau dibuat kajian, pasti ramai pramugari Islam mahu mengenakan tudung ketika bertugas. Tentunya mereka berasa malu dan berdosa apabila terpaksa mendedahkan aurat.
Tidak hairanlah jika ada pramugari mengalami gangguan seksual kerana sebahagian anggota badan mereka menjadi perhatian lelaki.
Pakaian seragam pramugari perlu diubah suai mengikut perkembangan semasa dan syariah Islam.
Fesyen berciri Islam
Sebaliknya, seluar panjang yang tidak terlampau ketat disertakan tudung dilihat lebih sesuai dan menarik. Lihatlah betapa kemasnya seragam pramugari Royal Brunei Airline (RBA), Saudi Arabian Airlines dan Iran Airlines yang patuh syariah.
Sudah tiba masanya, pakaian seragam baharu pramugari yang mengikut kehendak Islam diperkenalkan. Tidak rugi dan tiada cacat-cela pun jika syarikat penerbangan memilih fesyen bercirikan Islam untuk pramugari.
Kerajaan juga seharusnya mempunyai dasar dan peraturan tegas demi menyelamatkan maruah wanita Islam.
Difahamkan bahagian agama Jabatan Perdana Menteri merangka kod etika baharu pakaian seragam pekerja wanita Islam sektor swasta dan diharapkan ia turut membabitkan pemakaian pramugari.
Profesor Madya
Mohd Salleh Lebar, Bekas Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu
Sudah tiba masanya, pakaian seragam baharu pramugari yang mengikut kehendak Islam diperkenalkan. Tidak rugi dan tiada cacatcela pun jika syarikat penerbangan memilih fesyen bercirikan Islam untuk pramugari”