Berita Harian

Mahu elak ‘kumpulan maut’

-

Palembang: Skuad bola tampar pantai lelaki negara berharap mereka tidak diundi dalam kumpulan yang sama dengan empat pasukan berstatus pilihan pada temasya Sukan Asia Jakarta-palembang 2018, hari ini.

Pemain negara, Raja Nazmi Saifuddin Raja Hussin, 24, yang mengakui Malaysia ketinggala­n jauh dalam sukan itu, yakin skuad negara mampu memberikan saingan kepada pasukan lain dan mahu mengelak Qatar, China, tuan rumah Indonesia dan Jepun.

“Empat pasukan ini berada di tahap dunia, bukan Asia... terutamany­a Qatar yang menghuni ranking ke-10 dunia, yang bakal menurunkan dua pemain utama mereka iaitu Cherif Younousse Samba dan Tamer Abdel Rasoul.

“Jadi kalau boleh, kami nak elak bertemu dengan pasukan ini, yang boleh dikatakan sebagai kumpulan ‘maut’,” katanya ketika ditemui Bernama pada sesi latihan rasmi di Gelanggang Bola Tampar Pantai, Kompleks Sukan Jakabaring di sini, semalam.

Realisasi impian

Beliau akan berganding dengan Rafi Asruki Nordin, 31, dalam penyertaan kedua di Sukan Asia, berkata penyertaan kali ini penting untuk merealisas­ikan impiannya menamatkan kemarau pingat Sukan SEA selama 17 tahun pada edisi Filipina tahun depan, selepas kali terakhir skuad negara meraih perak di edisi 2001 di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) Hean Boon Yeow, berkata skuad negara dalam keadaan terbaik dan diletakkan sasaran mara ke pusingan suku akhir.

“Kita telah mengadakan perlawanan pemanas badan dengan Taiwan dan hari ini (semalam) dengan Oman. Kita bersedia dari segi mental dan fizikal, kita boleh mara ke pusingan kedua,” katanya.

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Atlet bola tampar pantai negara Rafi Asruki (kiri) bersama Raja Nazmi Saifuddin ketika sesi latihan menjelang Sukan Asia Ke-18 di Gelanggang Bola Tampar Pantai Kompleks Sukan Jakabaring, semalam.
[ FOTO BERNAMA ] Atlet bola tampar pantai negara Rafi Asruki (kiri) bersama Raja Nazmi Saifuddin ketika sesi latihan menjelang Sukan Asia Ke-18 di Gelanggang Bola Tampar Pantai Kompleks Sukan Jakabaring, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia