Berita Harian

3 calon ganti ‘Rooney Ganu’

Terengganu FC sudah ada bayangan pemain utama berdepan FELCRA

- Oleh Malik Muhamad

Biarpun Terengganu FC (TFC) turun tanpa kelibat arkiteknya, Lee Tuck yang digantung satu perlawanan, ia tidak mengundang resah pengendali­nya, Irfan Bakti Abu Salim.

Jurulatih berpengala­man itu sudah pun mempunyai pengganti sesuai untuk mengisi 'jawatan kosong' itu menjelang pertemuan dengan naib juara Liga Perdana musim ini, FELCRA FC dalam saingan Piala Malaysia Kumpulan A di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

"Walaupun saya belum mengumumka­n nama pemain yang bakal memikul tugasan itu, tetapi berdasarka­n beberapa siri latihan, saya sudah mengenal pasti pemain yang sesuai.

“Kita ada pemain import dari Korea Selatan Do Dong Hyun, Mohd Faiz Nasir dan Abdul Latiff Suhaimi yang mampu bermain dengan baik di bahagian tengah.

Teruskan rentak

“Namun kami harapkan pemain yang diturunkan nanti tidak mengecewak­an pasukan bagi meneruskan rentak kemenangan ketiga berturut-turut kerana kami bermain di laman sendiri,” kata Irfan Bakti.

Tuck atau lebih dikenali sebagai 'Rooney Ganu' terpaksa menjadi 'penonton' buat kali ketiga musim ini selepas dilayang kad merah, susulan menerima dua kad kuning ketika membantu pasukan menundukka­n Perak 4-3, di Stadium Perak, Sabtu lalu.

Mengulas lanjut, Irfan Bakti yang pernah membantu skuad Penyu itu menjuarai Piala FA 2011 menuntut pemainnya mengamalka­n disiplin tinggi dan corak menyerang bagi memburu jaringan awal.

“Kita tidak mengetahui kekuatan sebenar lawan, kita tidak mahu diperangka­p. Jadi, saya harap semua pemain mampu memperagak­an aksi terbaik dan mengutip tiga mata,” katanya.

 ??  ?? Abdul Latiff (kanan) benteng pertahanan Terengganu berdepan FELCRA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.
Abdul Latiff (kanan) benteng pertahanan Terengganu berdepan FELCRA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia