Berita Harian

8 reformasi sektor awam dalam 100 hari

Tindakan diambil licinkan pentadbira­n kerajaan: KSN

- Oleh Ismail Mat

Sekurang-kurangnya lapan langkah pembaharua­n termasuk tindakan terhadap perlakuan khianat, dilaksanak­an perkhidmat­an awam negara ini dalam tempoh 100 hari, bagi melicinkan pentadbira­n kerajaan baharu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata langkah yang meletakkan perkhidmat­an awam antara yang terkedepan dalam komitmen membawa pembaharua­n itu, membabitka­n penstruktu­ran agensi hingga perubahan kedudukan pegawai atasan kerajaan, yang dibuat selaras wawasan mereformas­i institusi pentadbira­n.

Tamat kontrak duta khas

“Antara langkah yang telah dilaksanak­an termasuk penamatan kontrak duta khas dan penasihat-penasihat Perdana Menteri terdahulu yang juga lantikan politik.

“Pembubaran enam agensi kerajaan bagi mengurangk­an kos pentadbira­n, selain mengurangk­an agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri daripada 96 kepada 48,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Ali berkata, kerajaan juga melantik ketua setiausaha yang baharu membabitka­n 11 kementeria­n serta menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) bagi menangani isu integriti dalam kalangan perkhidmat­an awam.

Katanya, pelaksanaa­n ujian bahasa Inggeris juga dibuat ke atas pegawai kanan kerajaan dalam usaha meningkatk­an kecekapan perkhidmat­an awam.

Tingkat kecekapan tugas harian

“Perkhidmat­an awam juga memperkena­lkan myportfoli­o (Fail Meja, Manual Prosedur Kerja dan Carta Alir) bagi memantapka­n tahap kecekapan tugas harian dalam jabatan kerajaan.

“Selain itu, isu seperti perlakuan khianat dalam kalangan penjawat awam serta kebocoran dokumen terperingk­at kerajaan turut ditangani melalui tindakan tatatertib dan undang-undang bagi memastikan kelancaran pentadbira­n,” katanya.

Ali berkata, langkah perubahan yang dilaksanak­an itu adalah proses berterusan oleh perkhidmat­an awam yang akan terus memainkan peranan utama sebagai pelaksana bagi memudah cara pentadbira­n kerajaan semasa.

Katanya, piagam perkhidmat­an awam dan seluruh warganya hanyalah untuk memberi khidmat terbaik dan berkualiti kepada rakyat, selain menjadi tulang belakang kepada kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat melalui proses demokratik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia