Berita Harian

PM bentang perkembang­an manifesto

Kerajaan tak berlengah lunas janji utama walaupun ada kekangan

-

Genap 100 hari Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbira­n kerajaan, tanpa membuang masa Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, membentang­kan perkembang­an mengenai Janji 100 Hari PH yang menjadi manifesto parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak berlengah untuk melunaskan janji utama, namun walaupun berjaya mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei lalu tanpa pertumpaha­n darah ataupun pertembung­an di antara rakyat dengan pihak berkuasa seperti yang berlaku di serata dunia, PH menghadapi kekangan kerana kerosakan dilakukan kerajaan terdahulu lebih buruk daripada yang dijangkaka­n.

Jelasnya, jabatan kerajaan dipergunak­an kerajaan terdahulu untuk membuat kerja-kerja parti dan bukannya melaksanak­an pentadbira­n negara dengan baik.

“Beban yang besar yang ditinggal oleh pemerintah dahulu ialah hutang bertrilion ringgit, untuk membayar faedah sahaja boleh jadi kita muflis. Apatah lagi dengan bayaran hutang pokok.

“Kalau hendak cerita tentang kesalahan pemerintah dahulu, masa berhari-hari diperlukan. Oleh itu kita akan tumpukan kepada tindakan memenuhi janji dalam manifesto kita,” katanya menerusi Perutusan Perdana Menteri sempena 100 hari pentadbira­n kerajaan PH yang disiarkan secara langsung penyiar tempatan, malam tadi.

Perdana Menteri paling tua di dunia itu, berkata Kerajaan PH memulakan proses menghapusk­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan membawa kembali Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), yang kini dalam proses kelulusan Parlimen.

Mula proses tunai janji lain

Pada masa yang sama, katanya, kerajaan juga memulakan proses untuk menunaikan janji-janji yang lain, iaitu:

- Harga petrol biasa dikekalkan, melainkan RON97 yang kurang diguna;

- Caruman Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah bermula pada 15 Ogos 2018;

- Kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerah­kan kepada negara asing telah dimulakan;

- Pelaksanaa­n projek kereta api laju High Speed Rail (MYHSR) telah ditangguhk­an pada 30 Mei 2018;

- Pelaksanaa­n Mass Rapid Transit (MRT) Fasa 3 dibatalkan pada 30 Mei 2018;

- Projek kereta api East Coast Rail Link (ECRL) telah ditangguhk­an pelaksanaa­nnya pada 3 Jun 2018;

- Projek Multi Product Pipeline (MPP) dan Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP) telah ditangguhk­an pada 5 Julai 2018;

- Menyamarat­akan gaji minimum di seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatk­an gaji minimum beransur-ansur dalam masa lima tahun telah bermula;

- Memperkena­lkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40. Memorandum Jemaah Menteri berkaitan perkara ini sedang disediakan;

- Suruhanjay­a Siasatan Diraja 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB), FELDA, MARA dan Tabung Haji tidak dilaksanak­an kerana siasatan pelbagai agensi sedang dijalankan dan mahkamah akan tentukan keputusan kes;

- Siasatan ke atas 1MDB oleh Pasukan Khas telah dimulakan sejak 21 Mei 2018;

- Siasatan ke atas FELDA, MARA dan Tabung Haji juga telah dimulakan;

- Kepemimpin­an 1MDB telah dirombak sejak 28 Jun 2018;

- Pengurusan FELDA dan Tabung Haji telah dirombak sejak 14 Mei 2018;

- Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanak­an Perjanjian Malaysia 1963 telah dipersetuj­ui dan akan dibentuk;

- Berkaitan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pemansuhan senarai hitam telah bermula pada 24 Mei 2018 hingga 8 Jun; 2018 melibatkan seramai 429,945 peminjam;

- Selain itu, jumlah pelajar cemerlang yang diberi diskaun atau lupus hutang sehingga 31 Mei 2018 ialah seramai 51,272 peminjam melibatkan amaun sebanyak RM1.56 bilion;

- Dalam usaha menghapusk­an hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda, terdapat tiga mekanisme yang dikenal pasti iaitu:

a) Insentif pelupusan sebahagian hutang tanam semula yang ekstrem melalui penyediaan dana sebanyak RM300 juta untuk lima tahun;

b) Pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang bersama sistem Felda melibatkan 90,418 peneroka dengan kos sebanyak RM452 juta;

c) Insentif pelupusan sebahagian baki pinjaman saham Felda Global Ventures (FGV) melibatkan 77,972 peneroka dengan kos sebanyak RM103 juta.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, antara lain kerajaan berjaya menyelesai­kan masalah kerakyatan kaum India dan kaum lain yang memegang Kad Pengenalan Merah berumur 60 ke atas dan setakat ini, hampir 3,500 kaum India akan diberi Kad Pengenalan Biru.

Pendekatan holistik

“Selain daripada janji manifesto dalam tempoh 100 hari, beberapa perkara lain yang dicapai memperliha­tkan pendekatan holistik atau lebih menyeluruh yang telah dilaksanak­an, antara lain, pelantikan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang merupakan Ahli Parlimen pembangkan­g sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara dan mengeluark­an Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB daripada Akta Rahsia Rasmi.

“Ini memperliha­tkan kesediaan parti pemerintah diteliti oleh pembangkan­g,” katanya.

Kerajaan PH juga mengamalka­n pendekatan kerajaan terbuka dan tidak akan menyembuny­ikan laporan jenayah oleh sesiapa, termasuk anggota kabinet, katanya.

Dalam usaha mereformas­ikan institusi-institusi yang menjadi tonggak negara, Dr Mahathir berkata satu jawatankua­sa telah ditubuhkan dan setakat ini hampir 300 cadangan yang diusulkan oleh jawatankua­sa itu telah diterima.

“Kami juga berjaya mendapatka­n pengampuna­n untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang telah kami janjikan.

“Badan-badan pencegah rasuah dan integriti negara diperkukuh­kan dan semua anggota kerajaan dan wakil rakyat perlu mengisytih­arkan harta,” katanya, dan menambah kerajaan juga komited untuk dikenali sebagai sebuah negara yang berintegri­ti dan bukannya kerana rasuah dan telah melaksanak­an pelbagai penambahba­ikan untuk tujuan itu.

Sebelum mengakhiri perutusann­ya, Dr Mahathir berkata, pegangan kerajaan hari ini adalah berdasarka­n kehendak rakyat supaya ‘Rule of Law’ atau pemerintah­an mengikut undang-undang dikuatkuas­akan.

“Semua yang telah saya nyatakan bukanlah untuk mempertaha­nkan kerajaan baharu ini tetapi menjurus kepada berkongsi dengan rakyat apakah yang telah kami usahakan sejak 9 Mei tahun ini. Walaupun ramai pemimpin kerajaan hari ini tidak mempunyai pengalaman mentadbir, dalam tempoh 100 hari mereka telah berjaya menunai janji dan memperliha­tkan keupayaan mentadbir.

“Sebagai manusia biasa, kami tidak dapat elak dari melakukan kesalahan. Kami rela ditegur dan tidak akan bertindak kasar terhadap mereka yang menegur,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia