Berita Harian

Chong Wei memang sakit

-

Muar: “Mana ada. Itu fitnah... ada ke yang cakap? Saya jumpa dia di rumahnya pagi Selasa lalu dan dia memang ada masalah pernafasan,” kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq berkata demikian ketika menafikan desasdesus kononnya penarikan diri jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China, bermula semalam disebabkan akaun banknya dibekukan kerana dikaitkan dengan dana 1 Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

“Tak perlu kita melemparka­n fitnah kepada atlet. Perbezaan ideologi politik tidak

Jbermakna jasa seseorang atlet (termasuk Chong Wei) dilupakan.

Harap Chong Wei bersabar

“Ada ke yang cakap (mengenai isu berkenaan)... tak fikir ke? Kesian kalau orang cakap macam itu... agak-agaklah dan bagaimana keluargany­a tahu (mengenai fitnah itu).

“Dia sakit... ada pula kaitkan dengan 1MDB. Kalau saya tahu, saya akan bagi jawapan tapi ini bukan (hanya fitnah),” katanya ketika ditemui NSTP pada program penghargaa­n komuniti Citra Raya di Desa Keroma Eco Resort di sini, semalam.

Chong Wei baru-baru ini mengesahka­n tidak beraksi Kuala Lumpur pada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia 2018 selepas mengalami masalah pernafasan yang menyaksika­n dia terpaksa berehat selama sebulan.

Difahamkan jaguh badminton negara itu kini mendapatka­n rawatan lanjut berkaitan masalah pernafasan yang dialaminya di Taiwan.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, beliau berharap Chong Wei dan keluargany­a dapat bersabar dan mendoakan atlet terbaik negara itu kembali pulih secepat mungkin.

Katanya, Chong Wei bukan hanya sumber inspirasi kepada beberapa individu malah jutaan rakyat Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia