Berita Harian

‘Saya akan segera kembali’

- Oleh Helmi Talkah

aguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei berkata dia mahu kembali ke gelanggang secepat mungkin sebaik selesai menjalani rawatan ekoran masalah kesihatan yang dialaminya.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman web Yonex Weibo sempena pelancaran model raket baharu Yonex, semalam, pemain nombor dua dunia itu berharap dapat bertemu semula rakan-rakan seperjuang­an di arena badminton termasuk bintang sensasi China, Lin Dan.

Rakaman video itu adalah kemunculan pertama Chong Wei sejak dia disahkan menarik diri daripada Kejohanan Dunia yang sedang berlangsun­g di Nanjing, China ketika ini selain Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia yang bermula 19 hingga 28 Ogos, minggu lalu.

“Terima kasih Lin Dan kerana menghadiri aktiviti ini (majlis pelancaran raket Yonex di Nanjing) untuk saya dan semoga anda meraih kejayaan yang baik. Saya akan kembali ke gelanggang untuk bertemu anda secepat mungkin...saya sayang kamu semua,” kata Chong Wei dalam rakaman video itu.

Pemain berusia 36 itu menarik diri daripada dua kejohanan utama berkenaan selepas disahkan mengalami masalah pernafasan dan perlu berehat sekurang-kurangnya selama sebulan selain tidak boleh melakukan aktiviti fizikal yang berat.

Berada di Taiwan

Sukan kelmarin melaporkan Chong Wei dikatakan mengalami masalah kesihatan serius sehingga mampu menamatkan kerjayanya dan ketika ini berada di Taiwan bagi rawatan susulan.

Sementara itu, rakan-rakan seperjuang­an Chong Wei termasuk Lin Dan dan pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen mengirimka­n kata-kata semangat buat pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu agar dia segera pulih dan boleh kembali ke gelanggang.

Juara dunia lima kali, Lin Dan yang dilabel sebagai musuh tradisi kepada Chong Wei sejak sekian lama, berkata dia sangat menghargai hubungan yang terjalin dengan pencabar utamanya itu tidak kira di dalam mahupun luar gelanggang.

“Sejak dulu sehingga sekarang, daripada bujang sehingga sudah berkahwin dan kami pun sudah mempunyai keluarga, saya sangat hargai hubungan dengan Chong Wei. Saya harap Chong Wei segera pulih dan kembali ke gelanggang,” katanya.

Axelsen pula berkata: “Saya berharap Chong Wei akan segera pulih dan semoga semua urusan rawatannya dipermudah­kan,” katanya yang membuka tirai saingan Kejohanan Dunia dengan kemenangan ke atas pemain Portugal, Duarte Nuno Anjo 21-8, 21-17.

 ??  ?? NSTP
NSTP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia