Berita Harian

Empat juta berisiko hilang kerakyatan India

-

warga negara itu, termasuk mereka yang boleh membuktika­n mereka berada di Assam sebelum 1971, apabila jutaan penduduk melarikan diri daripada perang menuntut kemerdekaa­n Bangladesh ke negara berkenaan dan keturunan.

Pengkritik berkata, ia adalah langkah terbaru kerajaan berhaluan kanan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi untuk menambah majoriti India Hindu dengan menjadikan minoriti sebagai mangsa.

India akan mengadakan pilihan raya umum tahun depan.

Kerajaan Assam membawa masuk 25,000 anggota pasukan keselamata­n tambahan dari negeri luar bagi berhadapan masalah.

Berita draf pendaftara­n itu mengundang bantahan pembangkan­g di Parlimen, memaksa sidang Dewan Negara ditangguhk­an.

Cuma empat juta daripada lebih 30 juta penduduk yang memohon berada dalam senarai itu dikecualik­an daripada draf, kata ketua pendaftar India, Shailesh, pada sidang akhbar.

Usir pendatang

“Rakyat asal India tidak perlu bimbang kerana ada peluang diberikan kepada mereka untuk memasukkan nama dalam senarai akhir yang diputuskan Disember ini.

“Kami akan menyediaka­n bantuan kepada mereka yang namanya tidak termasuk dalam dokumen dan sesiapa yang mahu memfailkan tuntutan dan membantah perkara ini,” katanya.

Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi menang di Assam pada 2016 selepas berjanji mengusir pendatang tanpa izin dari Bangladesh dan melindungi hak Pribumi.

Assam, yang menyaksika­n satu pertiga daripada penduduk beragama Islam, adalah satusatuny­a negeri yang menyusun warga negara berdaftar.

Ratusan ribu melarikan diri ke India dari Bangladesh ketika perang menuntut kemerdekaa­n dari Pakistan pada 1971.

Pendatang dituduh memasuki negeri itu secara haram dan mengambil tanah dan pekerjaan, menyebabka­n ketegangan dengan penduduk tempatan.

Kumpulan hak mengkritik tindakan kerajaan, berkata ia sama dengan langkah Myanmar menarik balik hak dan perlindung­an komuniti Rohingya pada 1982. AFP

 ??  ?? Seorang penduduk memegang dokumen untuk memeriksa nama pada senarai terakhir Pendaftara­n Kebangsaan mengenai Kerakyataa­n (NRC) di sebuah kawasan perkampung­an di Kuranibori, daerah Morigoan, Assam, semalam.
Seorang penduduk memegang dokumen untuk memeriksa nama pada senarai terakhir Pendaftara­n Kebangsaan mengenai Kerakyataa­n (NRC) di sebuah kawasan perkampung­an di Kuranibori, daerah Morigoan, Assam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia