Berita Harian

Lembaran baharu pengukuhan institusi Islam

-

Penubuhan Jawatankua­sa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutua­n oleh Majlis Raja-raja semalam adalah satu langkah yang amat penting pada saat negara sedang membuat pembaharua­n dan penyesuaia­n struktur pemerintah­an selepas penubuhan kerajaan baharu.

Tidak dapat dinafikan bahawa wujud fenomena tidak menentu ke atas nasib institusi Islam di peringkat Persekutua­n selepas berlaku perubahan politik pasca Pilihan Raya Umum Ke-14

(PRU14)

Terdapat desakan oleh pertubuhan dan individu tertentu agar institusi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dimansuhka­n atas alasan ia bukan urusan Kerajaan Persekutua­n, tetapi urusan Raja, Sultan dan kerajaan negeri.

Dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pula ada janji bahawa kerajaan PH akan memastikan bahawa ‘kuasa Raja-raja Melayu dalam mentadbir agama dan adat istiadat Melayu akan dikembalik­an ke negeri dan campur tangan Kerajaan Pusat akan dihentikan’.

Secara tidak langsung, ia boleh ditafsirka­n sebagai hasrat untuk menamatkan atau sekurang-kurangnya mengecilka­n peranan Kerajaan Persekutua­n dalam urusan agama Islam.

Bagaimana pun, pandangan untuk memansuh atau mengecilka­n peranan institusi Islam pada peringkat Persekutua­n ini mendapat tentangan hebat daripada orang ramai khususnya umat Islam.

Dalam hal ini, kerajaan dilihat mengambil langkah berhati-hati agar tidak melakukan sesuatu yang merugikan rakyat.

Keputusan tepat

Rentetan perkembang­an yang berlaku ini membawa kepada satu keputusan tepat Majlis Rajaraja untuk mewujudkan Jawatankua­sa Tertinggi Institusi Hal

Ehwal Islam Peringkat Persekutua­n.

Perkataan ‘tertinggi’ dalam nama jawatankua­sa ini mempunyai signifikan tersendiri. Ia menggambar­kan kedudukan institusi beraja yang menubuhkan­nya iaitu Majlis Raja-raja yang dianggotai Sultan dan Raja yang selaku ketua Agama Islam negeri masing-masing.

Yang di-pertuan Agong pula selaku Ketua Agama Islam Wilayah Persekutua­n dan Melaka, Pulau Pinang, Sabah serta Sarawak.

Jawatankua­sa ini berperanan untuk mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam pada peringkat Persekutua­n, latar belakang penubuhan dan bidang kuasa agensi agama Persekutua­n.

Kajian ini penting sebagai pengukuhan dan penegasan kepada asas kewujudan institusi Islam sedia ada seperti JAKIM, Jabatan Kehakiman Syarie Malaysia (JKSM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan lain-lain.

Kajian ini akan dapat mengemukak­an hujah yang konkrit dari sudut perlembaga­an, perundanga­n, sejarah dan faktor realiti semasa bagi menyokong kewujudan institusi Islam pada peringkat Persekutua­n, sekali gus menolak dakwaan ia semata-mata urusan kerajaan negeri.

Bahkan lebih jauh dari itu, kajian ini diharap dapat mengemukak­an formula terbaik bagi meningkatk­an keseragama­n perundanga­n, pentadbira­n dan kehakiman antara -negeri dalam urusan agama Islam.

Selain itu, kajian ini juga berperanan untuk mengkaji keberkesan­an agensi agama yang sedia ada, termasuk agensi perundanga­n dan penghakima­n syariah pada peringkat Persekutua­n.

Skop kajian ini tentu luas dan menyeluruh kerana ia meliputi bukan sahaja agensi pentadbira­n seperti JAKIM, bahkan juga agensi perundanga­n dan kehakiman seperti Mahkamah Syariah.

Bahkan ia juga boleh meneliti aspek kecekapan Mahkamah Syariah dalam mengendali­kan kes sensitif seperti yang menyentuh hak wanita.

Secara tidak langsung ia boleh meneliti isu bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad kepada hukuman tidak melebihi tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

Apa yang menarik, urus setia jawatankua­sa ini adalah pejabat Penyimpan Mohor Besar Rajaraja sendiri, bukannya JAKIM.

Kesungguha­n Raja-raja

Langkah ini menggambar­kan kesungguha­n Raja-raja untuk memikul tanggungja­wab berkaitan urusan agama dengan serius tanpa terlalu bergantung kepada institusi pentadbira­n.

Adalah diharapkan pendekatan ini membuka satu ruang baharu kepada institusi Majlis Raja-raja untuk mengambil langkah berani bagi mewujudkan jentera pentadbira­n institusi Islam.

Ia adalah melalui gabungan kuasa yang ada sebagai ketua agama Islam di negeri dan Wilayah Persekutua­n tanpa terlalu bergantung kepada institusi pentadbira­n di bawah Kabinet.

Bagaimanap­un aspek ini perlu diperincik­an dengan mendalam dari sudut keperlemba­gaan dan implikasin­ya kepada sistem pemerintah­an negara. Saya percaya jawatankua­sa ini tidak akan mengabaika­n isu yang penting ini.

Tegasnya, kita mengharapk­an agar Jawatankua­sa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutua­n ini dapat membuka satu lembaran baharu dalam sistem pentadbira­n agama Islam dalam negara.

Ketetapan kukuh Islam sebagai agama Persekutua­n dalam Perlembaga­an menjadi rujukan penting bagi mewujudkan pentadbira­n agama Islam di peringkat Persekutua­n yang lebih kukuh dan mantap.

Kerjasama, keterbukaa­n dan tasamuh antara Raja-raja Melayu selaku ketua-ketua agama Islam di negeri-negeri amat penting bagi menjayakan hasrat yang mulia ini.

Langkah ini menggambar­kan kesungguha­n Raja-raja untuk memikul tanggungja­wab berkaitan urusan agama dengan serius tanpa terlalu bergantung kepada institusi pentadbira­n. Adalah diharapkan pendekatan ini membuka satu ruang baharu kepada institusi Majlis Raja-raja untuk mengambil langkah berani bagi mewujudkan jentera pentadbira­n institusi Islam”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia