Berita Harian

Jenner, Gomez paling laris di Instagram

-

London: Bintang rancangan realiti televisyen, Kylie Jenner dinamakan selebriti meraih pendapatan tertinggi dalam senarai pemilik paling kaya Instagram, sementara David Beckham menduduki tangga teratas di Britain.

Akaun Instagram bintang

itu dianggarka­n meraih AS$1 juta (RM4.06 juta) untuk setiap muat naik berbayar. Beckham, 43, pula mengenakan bayaran kepada jenama tertentu sehingga sehingga AS$300,000 (RM1.21 juta).

Model dan ibu seorang anak, Jenner mengatasi pemenang 2017, Selena Gomez yang kini tercicir ke tempat kedua, sementara kakaknya, Kim Kardashian West berada di tangga keempat.

Data itu disumbangk­an Hopper HQ, syarikat beribu pejabat di Britain yang mengendali­kan akaun media sosial bagi pihak syarikat dan individu. Syarikat itu kali pertama menerbitka­n senarai pemilik terkaya Instagram tahun lalu.

Maklumat kedudukan dan kos setiap muat naik itu diperoleh selepas menemu bual pemilik akaun media sosial, syarikat jenama dan pemasaran untuk menentukan bayaran dikenakan setiap akaun.

Bagaimanap­un, syarikat pemasaran cenderung berahsia mengenai jumlah bayaran atau kemungkina­n muat naik itu sebahagian perjanjian lebih besar. Justeru, jumlah sebenar urus niaga tidak diketahui.

Jenner, 20, yang memiliki 111 juta pengikut di Instagram, dilaporkan bakal menjadi bilionair paling muda hasil usaha sendiri.

Kejayaan produk solekan beliau, Kylie Cosmetics membantu meningkatk­an kedudukan di tangga pertama pada 2018, selepas berada di tempat keempat, tahun lalu.

Penyanyi Beyonce dan Justin Bieber, pelakon Dwayne Johnson dan pemain bola sepak, Neymar dan Cristiano Ronaldo juga berada dalam kedudukan 10 teratas.

Jumlah pendapatan melonjak

Anggota keluarga Kardashian lain, Kendall Jenner dan Khloe Kardashian masing-masing berada di kedudukan ke-10 dan ke-11.

Warga Britain yang menerima bayaran kedua tertinggi hasil Instagram adalah pemain bola sepak Wales, Gareth Bale yang mana nilai setiap muat naik sebanyak AS$185,000 (RM752,117).

Jumlah pendapatan menerusi Instagram melonjak ketara sejak tahun lalu. Pada 2017, pemilik akaun Instagram popular dianggarka­n memperoleh sehingga AS$550,000 untuk setiap muat naik berbanding AS$1 juta (AS$4.07 juta) tahun ini.

Pengasas bersama Hopper HQ, Mike Bandar berkata, peningkata­n itu berpunca daripada peralihan syarikat pemasaran televisyen dan media cetak serta berasakan mendapat pulangan lebih baik menerusi media sosial.

 ??  ??
 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Jenner dan Gomez (kanan) pada kedudukan pertama dan kedua meraih pendapatan tertinggi dalam senarai pemilik paling kaya Instagram.
[ FOTO AGENSI ] Jenner dan Gomez (kanan) pada kedudukan pertama dan kedua meraih pendapatan tertinggi dalam senarai pemilik paling kaya Instagram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia