Berita Harian

Malaysia kembali beraksi regu takraw

-

dengan Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankua­sa Penganjura­n Sukan Asia Indonesia (INASGOC) di Jakarta, kelmarin.

Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata dia gembira kerana rundingan berkenaan membuahkan hasil, sekali gus membolehka­n Malaysia kembali bersaing dalam dua acara iaitu regu dan regu berpasukan di Sukan Asia nanti.

“Walaupun hasil pertemuan berkenaan nampak positif, kita masih perlu menunggu pengesahan rasmi daripada OCA dan INASGOC berhubung perkara itu,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Majlis Eksekutif MOM ke-186 di Wisma MOM, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembang­an terkini isu undian skuad regu sepak takraw Malaysia ke Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 yang akan berlangsun­g bulan depan.

Atlet ekuestrian tarik diri

Dalam pada itu, Norza mengesahka­n Malaysia akan menghantar seramai 423 atlet dan 207 pegawai ke Sukan Asia Jakarta-palembang termasuk 182 bersaing menerusi kategori A manakala 241 kategori B.

“Penguranga­n jumlah atlet ini adalah kerana dua atlet mendaki digugurkan oleh persatuan sukan berkenaan, manakala seorang atlet ekuestrian terpaksa menarik diri berikutan masalah kuda,” katanya.

Norza berkata Mesyuarat Jawatankua­sa Eksekutif MOM turut memutuskan supaya setiap persatuan sukan kebangsaan melantik seorang atlet atau bekas atlet sukan sebagai wakil tetap ke MOM.

“Kita berharap usaha ini membolehka­n semua atlet sukan menyuaraka­n pandangan dan masalah atau isu berkaitan kebajikan serta rasa tidak puas hati mereka terhadap layanan diberikan oleh persatuan sukan kebangsaan kepada MOM menerusi saluran betul.

“Bagaimanap­un perkara itu bukan wajib dan persatuan sukan kebangsaan boleh menggunaka­n mekanisme sendiri untuk menentukan siapa yang bakal menjadi wakil atlet ke MOM,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia