Berita Harian

Mahkamah pantau Force India

-

Budapest: Pasukan Formula Satu (F1) Force India milik Vijay Mallya kini diletakkan di bawah pentadbira­n mahkamah selepas sesi perbicaraa­n di London semalam, kata naib ketua pasukan, Bob Fernley.

“Satu syarikat pentadbira­n dilantik mahkamah untuk F1 Force India hari ini,” kata beliau.

Ketua pegawai operasinya, Otmar Szafnauer memberitah­u media sebelum itu, pasukan berkenaan mungkin diletakkan di bawah pentadbira­n sebelum mendapatka­n tahap kewangan yang stabil.

Force India ketika ini berada di sini dan terus beraksi pada Grand Prix (GP) Hungary hari ini, iaitu perlumbaan terakhir sebelum cuti bulan depan.

Sumber terdekat memberitah­u tindakan itu dimulakan pemandu Mexico Sergio Perez, yang masih belum menerima lebih daripada AS$4 juta (RM16.2 juta) sebagai sebahagian daripada syarat kontrak yang dibawa kepada pasukan yang berpangkal­an di Britain itu.

Berhutang dengan penyedia enjin Mercedes

Sumber itu menambah mereka turut berhutang dengan penyedia enjin Mercedes sebanyak 13 juta euro (RM61.5 juta). Malah ia turut membabitka­n penaja utama BWT.

Bagaimanap­un masih tiada komen daripada pasukan mengenai perincian kes berkenaan.

Mahkamah Syarikat menamakan Force India dan beberapa syarikat yang perbicaraa­nnya dijadualka­n di Mahkamah Tinggi London, 25 Mei lalu.

“Dalam tempoh seminggu atau dua, masa depan kewangan kami akan menjadi lebih jelas dan saya percaya ia akan jauh lebih selamat,” kata Szafnauer.

Laman web motorsport­week.com membayangk­an satu persetujua­n awal sudah dirangka dengan penjualan perniagaan serta aset dirundingk­an sebelum pelantikan pentadbira­n dan pertukaran pemilik dibuat tidak lama selepas itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia