Berita Harian

IAAF kekal larangan terhadap atlet Russia

-

Buenos Aires: Badan induk olahraga dunia mengekalka­n larangan terhadap atlet Russia daripada menyertai kejohanan trek dan padang gara-gara masalah doping dan keputusan itu dibuat kira-kira 10 hari sebelum bermulanya Kejohanan Eropah di Berlin.

“Majlis IAAF sebulat suara mengekalka­n hukuman yang menyebut RUSAF (Persekutua­n Olahraga Russia) tidak dibenarkan bertanding ketika ini,” kata ketua pasukan siasatan khas IAAF, Rune Andersen.

Bagaimanap­un, Andersen berkata, terdapat banyak peningkata­n positif yang ditunjukka­n RUSAF berhubung usaha menyekat isu doping daripada terus berleluasa di negara itu.

“Dalam sesetengah kes, mereka sudah menjalanka­n usaha yang jauh lebih baik berbanding ditetapkan,” kata Andersen sebelum menambah larangan ke atas RUSAF itu masih belum boleh ditarik balik buat masa ini.

IAAF adakan perbincang­an

Andersen berkata, dalam usaha untuk membenarka­n Russia bertanding di mana-mana kejohanan, Majlis IAAF akan mengadakan perbincang­an mengenainy­a dalam satu mesyuarat di Monaco, Disember ini tetapi RUSAF perlu memenuhi tiga tuntutan yang digariskan WADA.

Pertama, RUSAF perlu menanggung kos yang dikenakan IAAF sepanjang siasatan ke atas kes doping.

Benarkan ujian anti doping

Kedua, Agensi Anti Doping Russia (RUSADA) juga perlu diiktiraf semula olah WADA dan akhirnya, pihak berkuasa Russia perlu membenarka­n ujian anti doping yang dijalankan di makmal RUSADA di Moscow, pada 2011-15, diuji semula.

Sementara itu, Presiden IAAF, Sebastian Coe menambah: “Terdapat peningkata­n di beberapa bahagian tetapi masih ada lagi yang boleh diperbaiki.

“Kami sedia maklum mengenai perubahan yang sudah dibuat tetapi buat masa ini, kriteria yang ditetapkan masih belum dipenuhi.”

Presiden RUSAF, Dmitry Shlyakhtin berkata, beliau berharap dapat memperoleh khabar baik tidak lama lagi.

“Kami agak kecewa dengan keputusan yang dibuat Majlis IAAF,” kata Shlyakhtin. “Saya berharap kami mendapat keputusan positif tetapi ia tidak berlaku. Kami akan terus berusaha untuk membolehka­n atlet kami bertanding.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia