Berita Harian

10 pelajar UNIMAP disyaki kena ILI

-

Arau: Seramai 10 penuntut Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Kampus Ulu Pauh, di sini disyaki dijangkiti gejala penyakit seperti Influenza (ILI), kelmarin.

Pengarah Kesihatan Perlis, Dr Zaini Hussin berkata, kes berkenaan dilaporkan selepas 10 penuntut yang menginap di sebuah asrama mengalami gejala penyakit berkenaan.

“Mereka dilaporkan mengalami batuk, sakit badan dan selesema di asrama mereka menginap.

“Pemeriksaa­n awal pihak kami mendapati mereka menghidap penyakit ILI dan langkah pencegahan awal sudah diambil pihak universiti bagi mengelak ia menular secara meluas,” katanya ketika dihubungi.

Masih menyiasat

Dr Zaini berkata, setakat ini pihaknya masih menyiasat secara terperinci ke atas 10 kes berkenaan bagi mengenal pasti bagaimana ia boleh menular di kampus itu.

“Mereka kini dilaporkan stabil dan sudah dibenarkan pulang manakala spesimen dari tekak mereka turut diambil untuk dijalankan ujian serta analisa di makmal.

“Sementara, seramai 211 penuntut lain yang menginap di asrama sama dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelakka­n penularan penyakit berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan kes terbabit diasingkan dalam pengawasan warden asrama.

Influenza adalah jangkitan virus yang menyebabka­n demam selesema atau flu, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

Orang ramai dinasihat segera mendapatka­n rawatan jika menghidap gejala berkenaan dan mengelak ke tempat awam seperti pusat beli-belah, sekolah, TADIKA, tempat kerja atau menghadiri majlis keramaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia