Berita Harian

Rumah daif ibu tunggal dibaiki

-

Baling: Seorang ibu tunggal kini tersenyum gembira apabila rumah arwah suaminya yang daif dan tidak selamat diduduki sehingga menyebabka­n dia terpaksa menumpang sementara di rumah kakak iparnya bakal dibaik pulih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria yang simpati dengan nasib menimpa Noramizah Shafie, 42, menyalurka­n bantuan membaik pulih rumah itu di Kampung Tanjung Puteri, Kuala Ketil, dekat sini.

Rumah milik arwah suaminya, Isahak Yusoff yang meninggal dunia pada Februari lalu sudah tidak selamat didiami berikutan sebahagian besar strukturny­a yang diperbuat daripada papan dan kayu rosak teruk dimakan anai-anai.

Noramizah berkata, dia dan anak bersyukur di atas bantuan wakil rakyat berkenaan yang berusaha membaiki rumah pernah didiami mereka sekeluarga sebelum suaminya meninggal dunia akibat penyakit jantung, buah pinggang dan tekanan darah tinggi.

Berkerja sebagai pemandu lor

Menurutnya, semasa hayat, arwah suaminya cuma berkerja sebagai pemandu lori di sebuah kedai membuat makanan ringan di Kuala Ketil dan gaji yang diterima sekadar cukup menyara mereka sekeluarga.

“Pendapatan arwah (suami) memang tidak mampu untuk membaiki rumah lebih baik, apatah lagi membeli rumah kos rendah.

“Buat sementara, kerja baik pulih akan dibuat pada bahagian dinding dan bilik tidur yang reput dimakan anai-anai,” katanya ketika ditemui pada gotong-royong meroboh dan membaiki rumahnya di Kampung Tanjung Puteri, kelmarin.

Seramai 30 anggota Unit Amal PAS daerah Baling menyertai gerak kerja berkonsepk­an komuniti itu yang bermula jam 8.30 pagi dengan meruntuhka­n bangunan asal sebelum membaiki bangunan tambahan yang mengalami keosakan bahagian dinding, bilik tidur dan atap yang bocor.

 ?? [FOTO SABARUDDIN ABD GHANI/BH] ?? Mansor (kanan) ketika menziarahi Noramizah di Kampung Tanjung Puteri, Baling.
[FOTO SABARUDDIN ABD GHANI/BH] Mansor (kanan) ketika menziarahi Noramizah di Kampung Tanjung Puteri, Baling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia