Berita Harian

500 balai bomba lagi perlu dibina seluruh negara

Keperluan tampung sebarang situasi tidak diingini

- Oleh Safeek Affendy Razali

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memerlukan sekurang-kurangnya 500 lagi pusat kebombaan di seluruh negara bagi menampung sebarang kejadian tidak diingini.

Setakat ini sebanyak 294 balai Bomba beroperasi di seluruh negara dengan kekuatan seramai lebih 15,000 pegawai dan anggota serta dibantu 350 unit pasukan bomba sukarelawa­n.

Ketua pengarahny­a, Mohammad Hamdan Wahid, berkata pada masa ini JBPM sedang diselaras sebelum langkah berikutnya dilakukan pada peringkat Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mewujudkan pusat kebombaan di kawasan terpencil.

“Seperti kejadian kebakaran yang berlaku di kuarters kediaman guru Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, Mulu, Rabu lalu apabila respon awal dilakukan oleh anggota penyelamat Bomba, Lapangan Terbang, Mulu, Miri, yang dikendalik­an oleh Malaysia Airport Berhad (MAB).

“Ketiadaan balai bomba di kawasan berkenaan menyebabka­n tindakan awal dilakukan oleh pihak bomba lapangan terbang berkenaan,” katanya selepas menghadiri Larian Bersama Bomba 2018, sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia, di Dataran Merdeka, semalam.

Tingkat latihan

Beliau berkata selain mewujudkan pusat kebombaan, pihaknya turut memperting­katkan latihan terhadap pasukan bomba sukarelawa­n dalam usaha menangani sebarang kejadian bencana, terutama kebakaran dan kemalangan selain kerja menyelamat.

“Selain perancanga­n menambah balai bomba di seluruh negara, kita juga mengkaji keperluan logistik terhadap semua pusat kebombaan bukan hanya di balai bomba, malah pusat atau pangkalan bomba sukarelawa­n di seluruh negara dan kawasan pedalaman.

“Melalui pelbagai program mencegah kebakaran dan pentingnya aspek keselamata­n kepada masyarakat yang kerap dianjurkan oleh pasukan bomba di seluruh negara juga turut dilihat sebagai salah satu langkah dalam mendidik orang ramai mengenai usaha menyelamat dalam sebarang situasi bencana dan kebakaran,” katanya.

Terdahulu, beliau bersama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, melepaskan lebih 5,000 peserta Larian Bersama Bomba kali ke-16, semalam.

Pada 25 Julai lalu, seorang guru, Catherine Janet Tiwi, 25, meninggal dunia selepas terbakar ketika bertindak menyelamat­kan dua orang rakannya dalam kebakaran di kuarters SK Batu Bungan, sekitar jam 5 pagi.

Selain Catherine yang juga anak seorang anggota JBPM di Balai Bomba dan Penyelamat, Bau, Sarawak, dua lagi rakannya iaitu Nur Syuhada Azahari dan Siti Masrina melecur pada bahagian muka, badan dan kaki.

 ??  ?? Mohammad Hamdan Wahid
Mohammad Hamdan Wahid
 ??  ?? Keratan akhbar BH, Khamis lalu.
Keratan akhbar BH, Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia