Berita Harian

Ambil iktibar kesan pemansuhan ISA

Bekas KPN ingatkan kerajaan teliti sebelum hapus akta pencegahan

-

Kesan pemansuhan Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) 1960 harus jadi pengajaran dan dipertimba­ngkan kerajaan sekarang sebelum memansuhka­n undang-undang pencegahan lain seumpamany­a.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatk­an, kerajaan mesti meneliti kesannya sebelum bertindak memansuhka­n undang-undang seperti Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).

“Kita sudah mansuh ISA dan Ordinan Darurat (EO), pemansuhan itu menyebabka­n peningkata­n ketara dalam kes jenayah berat khasnya membabitka­n kumpulan kongsi gelap berebut kawasan masing-masing.

“Saya tidak setuju kalau ia dimansuhka­n, kalau boleh kaji dan teliti dahulu, tanpa SOSMA, POCA dan POTA kita tidak mampu mengekang kegiatan pengganas yang terlatih seperti kumpulan Daesh, kumpulan penjenayah terancang bersenjata lengkap dan ganas,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama BERNAMA.

Pada 22 Julai lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan akan memansuhka­n undang-undang yang banyak menindas rakyat khususnya SOSMA selain pemansuhan POCA dan POTA.

Musa menegaskan, undang-undang pencegahan yang tegas perlu senantiasa ada untuk melindungi negara dan rakyat, sekali gus menyekat pergerakan kumpulan ekstremis, kumpulan militan dan kumpulan jenayah terancang dewasa ini.

Penceroboh­an di Lahat Datu

Katanya, penceroboh­an di Lahat Datu oleh kumpulan dari Mindano diketuai adik Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram, di FELDA Sahabat Kampung Tanduo, pada 9 Februari 2013 adalah pengajaran bahawa ancaman terhadap kedaulatan negara boleh berlaku bila-bila dan harus dikekang daripada awal.

Krisis yang mengorbank­an sembilan anggota keselamata­n dan 54 pengganas, selain kira-kira 100 orang ditahan, mungkin tidak mampu ditangani dengan mudah jika negara tidak mempunyai undang-undang khas seperti SOSMA, kata Musa.

Beliau menekankan, undang-undang untuk mengekang ancaman keselamata­n penting kepada negara seperti Malaysia yang masyarakat­nya berbilang kaum dan agama.

Mengulas dakwaan mengatakan SOSMA menjejaska­n hak asasi manusia, Musa berkata, perkara berkenaan tidak benar kerana mereka yang ditangkap di bawah undangunda­ng itu berhak membela diri.

Di bawah SOSMA seseorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana tahanan selama 24 jam sahaja dan melanjutka­n tempoh penahanan tidak lebih 28 hari untuk siasatan.

“Apabila siasatan dijalankan dan mempunyai keterangan kes, maka orang yang ditangkap perlu dituduh di mahkamah dan sekiranya ada keterangan, tetapi tiada bukti maka individu yang ditahan itu boleh dibebaskan,” katanya.

Musa menjelaska­n, SOSMA turut memainkan peranan penting dalam memelihara kedaulatan Yang di-pertuan Agong, raja-raja Melayu serta kepentinga­n kaum-kaum yang mungkin tergugat sehingga boleh menimbulka­n ancaman rusuhan kaum dan agama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia