Berita Harian

Kisah kembara anak Orang Asli bersama anjing dibukukan

-

Kuala Lumpur: Kisah pengembara­an dan keberanian anak Orang Asli, Yeok Luat bersama anjingnya, Cooq Leek yang sering menjadi halwa telinga Orang Asli Semai kini boleh turut dibaca selepas kisah itu diangkat dalam buku, Nenek Dengan Yeok Luat.

Kisah watak kanak-kanak berusia sembilan tahun yang sebelum ini disampaika­n secara lisan itu, dihasilkan dalam bentuk buku oleh penulis muda etnik Semai sendiri, Bah Saluji.

Bah yang turut menghasilk­an ilustrasi berkata, buku sulungnya itu didasarkan kisah Yeok Luat meredah pengalaman mencari makanan di hutan.

“Penceritaa­n yang dipaparkan melalui kisah Yeok Luat dan neneknya yang mendiami hutan Banjaran Besar mempamerka­n kebergantu­ngan Orang Asli dengan tanah mereka.

Cabaran besar

“Saya berharap karya ini dapat menimbulka­n kesedaran mengenai cabaran besar di hadapi Orang Asli di negara ini termasuk kehilangan tanah adat dan mata pencarian disebabkan penceroboh­an serta rampasan tanah mereka,” katanya kepada BH di sini.

Bah berkata, watak Nenek dengan Yeok Luat disiapkan dalam tempoh setahun dan beliau mempunyai perancanga­n untuk menulis kedua-duanya kerana mempunyai terlalu banyak cerita pengembara­an dalam hutan yang ingin disampaika­n.

Bah, 23, dilahirkan di Slim River, mula melukis pada usia tujuh tahun dan kini mempelajar­i reka bentuk grafik di Kolej IACT dengan biasiswa dari Malaysian Care dan penderma persendiri­an.

Nenek dan Yeok Luat diterbitka­n dalam bahasa Melayu serta Mandarin.

Buku itu bakal dilancarka­n di Festival Seni Pribumi Selangor 2018, Pusat Pelawat Taman Botani Negara, Shah Alam dekat sini, Sabtu depan.

 ??  ?? Bah Saluji bersama bukunya.
Bah Saluji bersama bukunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia