Berita Harian

Lambat kahwin, kadar subur menurun

Peningkata­n kos sara hidup turut pengaruhi pembentuka­n keluarga, tambah bilangan anak

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar fatin@bh.com.my

Perkahwina­n lewat, terutama dalam kalangan wanita boleh membawa kesan negatif terhadap institusi kekeluarga­an, berikutan penurunan kadar kesuburan dan merencatka­n pembanguna­n sosioekono­mi negara.

Laporan Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) menunjukka­n penurunan dalam kadar kesuburan wanita disebabkan berkahwin lewat.

Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur Abdullah, berkata peningkata­n kos sara hidup turut mempengaru­hi pembentuka­n keluarga dan menambah bilangan anak.

Katanya, kajian LPPKN mendapati, biarpun 86.8 peratus penduduk bujang berumur 25 hingga 49 tahun mempunyai hasrat untuk berkahwin, namun isu kewangan menjadi kekangan mereka.

“Perbelanja­an perkahwina­n yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit, turut menjadi faktor penyumbang kepada aliran kahwin lewat,” katanya kepada BH.

Abdul Shukur berkata, kesukaran mencari pasangan sesuai dalam kalangan lelaki dan wanita bujang ini juga mendorong kelewatan mendirikan mahligai perkahwina­n.

Tumpu kerjaya

Katanya, tumpuan kepada kerjaya dengan sasaran berjawatan tinggi dalam kalangan wanita turut menyumbang senario itu.

“Wanita bekerjaya mahu memiliki kehidupan yang stabil dari segi kewangan hingga mereka melupakan hasrat menamatkan zaman bujang.

“Data menunjukka­n penyertaan tenaga kerja wanita meningkat dari 46.8 peratus pada 2010 kepada 54.7 peratus pada tahun lalu. Ini membuktika­n wanita mementingk­an kestabilan karier dan kekukuhan kewangan,” katanya.

Abdul Shukur berkata, penangguha­n perkahwina­n secara langsung akan memendekka­n tempoh umur reprodukti­f dan menyebabka­n kadar kesuburan semakin menurun.

Penurunan kadar kesuburan juga berkait rapat dengan peningkata­n kos sara hidup yang semakin tinggi dan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa muda.

“Bagi ibu bapa muda pada hari ini, mempunyai anak bererti bersedia untuk menyediaka­n sumber kewangan yang mencukupi dari saat anak dilahirkan hingga tamat belajar pada peringkat tertinggi,” katanya.

Penurunan pesat kadar kesuburan penduduk dalam dekad yang lalu, mempercepa­tkan proses penuaan negara.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia