Berita Harian

Masjid Al Sultan Ismail Petra lahirkan generasi celik al-quran

Maktab Diniyyah ambil silibus dari Eropah, Thailand

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim infazlina@nstp.com.my

Masjid Al Sultan Ismail Petra yang mula beroperasi sejak 26 tahun lalu iaitu Ogos 1992 itu, mempunyai program tersusun untuk melahirkan generasi bertakwa dan celik al-quran, Maktab Diniyyah yang memberi pendidikan agama sejak usia enam tahun sehingga peringkat remaja.

Program yang baru diperkenal­kan Januari lalu dengan mengambil silibus dari Eropah dan Thailand itu kini mempunyai seramai 40 pelajar dari usia enam hingga 10 tahun.

Pelajar akan diajar membaca dan menghafaz al-quran secara betul, memahami serta mendalami asas fardu ain, dididik menjaga solat, pengajian fiqh dan akidah serta mendalami sejarah Islam.

Mereka akan belajar selama dua jam bermula 7 sehingga 9 malam iaitu setiap hari Ahad sehingga Khamis dengan mensasarka­n setiap kanak-kanak mampu menghafaz 10 surah al-quran dan 10 hadis.

Imam Tua Masjid Al Sultan Ismail Petra, Sabri Abdullah, berkata setiap hari kanak-kanak berkenaan akan diajar selama satu setengah jam dan akan solat berjemaah setiap kali Maghrib dan Isyak di masjid berkenaan.

“Pada 2016, kami imam bandar dibawa melawat Eropah untuk melihat perkembang­an Islam bagaimana mereka mahu selamatkan anak muda dan mengamalka­n cara hidup berpanduka­n al-quran, bermula daripada situlah kita mewujudkan Maktab Diniyyah.

“Alhamdulil­lah sambutan amat menggalakk­an dan yuran bulanan dikenakan kepada setiap kanakkanak RM50 sahaja.

“Pada masa sama, ibu bapa yang menghantar anak mereka boleh solat Maghrib dan Isyak di masjid ini,” katanya kepada Ibrah BH di Kubang Kerian, Kota Bharu.

Beliau berkata, bagi mereka yang berusia 10 hingga 16 tahun, mereka boleh menyertai kelas hafazan al-quran pada Ahad sehingga Rabu bermula jam 6 petang sehingga 9 malam.

Katanya, sejak kelas hafazan itu dibuka pada 2008, seramai 20 peserta yang menyertain­ya dengan yuran dikenakan RM30 sebulan.

“Pada masa sama, setiap kali diadakan kursus program masjid, mereka turut diserap untuk menyertain­ya.

“Pada Ramadan lalu, kami melancarka­n kelas tahfiz sepenuh masa bagi mereka yang berusia 13 sehingga 16 tahun dengan yuran dikenakan RM150 sebulan.

“Mereka akan tinggal di asrama yang disediakan dan kita menyasarka­n dalam tempoh tiga tahun itu, setiap pelajar mampu menghafal 30 juzuk al-quran,” katanya yang masjid berkenaan mempunyai empat imam.

Sabri berkata, golongan remaja dan belia juga tidak dilupakan apabila pihaknya menubuhkan Kelab Remaja Masjid (RAJAMAS) bagi mereka berusia 15 hingga 20 tahun dan Kelab Belia Masjid (BELMAS) yang berusia 20 hingga 25 tahun.

Katanya, kedua-dua kelab berkenaan sehingga kini sudah mempunyai 140 keahlian dan pelbagai program tahunan dilakukan termasuk pertanding­an mengaji di perkampung­an Orang Asli, Karnival Jom ke Masjid, program bersunat dan kursus jenazah.

“Pelbagai program yang kita laksanakan sejak mereka seusia enam tahun lagi supaya mampu mendidik akhlak dari kecil serta menjurus kepada celik al-quran,” katanya yang turut memaklumka­n setiap kali cuti persekolah­an juga diadakan kem solat dan Al-quran.

Pelbagai program yang kita laksanakan sejak mereka seusia enam tahun lagi supaya mampu mendidik akhlak dari kecil serta menjurus kepada celik al-quran” Sabri Abdullah, Imam Tua Masjid Al Sultan Ismail Petra

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Masjid Al Sultan Ismail Petra yang beroperasi sejak Ogos 1992.
[ FOTO HIASAN ] Masjid Al Sultan Ismail Petra yang beroperasi sejak Ogos 1992.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kelas Hafazan al-quran yang dijalankan di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.
Kelas Hafazan al-quran yang dijalankan di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia