Berita Harian

Tujuh tokoh anggotai SEAC bantu pelaburan Perak

-

Ipoh: Kerajaan Perak mengumumka­n penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi Perak (SEAC) dan pelantikan tujuh tokoh menganggot­ainya bertujuan membantu menggalakk­an pelaburan ke negeri itu secara lebih agresif.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, berkata langkah itu sekali gus diharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat dan merancakka­n pertumbuha­n ekonomi.

Beliau berkata, SEAC akan dipengerus­ikan oleh bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.

Katanya, enam tokoh lain yang menganggot­ai majlis penasihat itu ialah, Pengasas Utama MK Land Holdings Berhad, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar; Pengarah Urusan KL Kepong Berhad, Tan Sri Lee Ooi Hian; dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Shamsudin Mat Dubi.

Tokoh berpengala­man luas

Selain itu, bekas Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Dr J Jegathesan; Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming; serta Pengasas Bersama IJM Berhad, Gamuda Berhad, Mudajaya Berhad dan bekas Setiausaha Master Builders Associatio­n Malaysia, Koon Yew Yin.

“Pelantikan tokoh berpengala­man luas dalam pelbagai bidang ini diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, semalam (kelmarin),” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri amat mengalu-alukan sumbangan pemikiran, saranan dan pandangan semua ahli dalam majlis penasihat itu.

Katanya, Kerajaan Perak juga menaruh sepenuh keyakinan bahawa SEAC akan memainkan peranan signifikan dalam membantu merencana hala tuju baharu ekonomi negeri ke arah pertumbuha­n mapan selari perubahan semasa dan masa depan bertunjang­kan aspirasi merakyatka­n ekonomi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia