Berita Harian

5 taman perindustr­ian dikecualik­an cukai

-

Kuantan: Sebanyak lima taman perindustr­ian di Pahang diberikan pengecuali­an cukai dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kawasan berkenaan ialah Taman Automotif Pekan, Taman Perindustr­ian Malaysia-china Kuantan (MCKIP) 1 dan 2, Taman MCKIP 3, Taman Industri Halal Gambang serta Taman Teknologi Pahang.

“Tempoh pengecuali­an cukai ini adalah berbeza-beza. Sebagai contoh, MCKIP diberikan tempoh 15 tahun, manakala ada yang mendapat selama lima tahun.

“Ini adalah inisiatif kita untuk menarik pelabur kerana kedatangan mereka secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan sekitar taman berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, semalam, bagi menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-PKR Semambu) yang meminta senarai kawasan diberikan pengecuali­an cukai.

Menjawab soalan Sim Chon Siang (PH-PKR Teruntun) dan Andansura Rabu (PAS - Beserah) berhubung kepentinga­n menarik pelabur asing pula, Wan Rosdy berkata, ia bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat.

“Sebagai contoh bagi MCKIP, kita ada persetujua­n bersama bahawa 70 peratus adalah pekerja tempatan dan hanya 30 peratus pekerja luar.

“Cuma pada peringkat awal, mungkin lebih banyak pekerja asing. Namun selepas semua siap dibina, mereka akan pulang.

“Kita perlu rasional dan bertolak ansur bagi mencipta situasi menang-menang dalam perkara ini,” katanya.

 ??  ?? Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia