Berita Harian

Extra Excellence Manufactur­ing rangkul Anugerah Emas

-

Excellence Manufactur­ing (S) Pte Ltd meraih Anugerah Emas sempena Anugerah Kecemerlan­gan Keselamata­n Makanan AVA 2018, sekali gus menjadikan­nya pencapaian gred ‘A’ ke-15 tahun berturut-turut.

Selain anugerah utama itu, Extra Excellence Manufactur­ing turut pernah menerima Anugerah Perak dan Gangsa, masing-masing pada 2013 dan 2008.

Pencapaian membanggak­an syarikat itu bermula selepas ia memperoleh Lesen AVA (Pihak Berkuasa Veterinar dan Agri-makanan Singapura), bagi Penubuhan Makanan sebelum mengorak langkah lebih jauh dalam bidang keselamata­n makanan.

“Kecemerlan­gan sahaja tidak cukup, ia perlu kecemerlan­gan tambahan seperti mana nama syarikat kami.

“Keselamata­n makanan adalah penting bagi memastikan produk kami selamat bagi kegunaan orang awam, serta memberikan jaminan kualiti untuk ketenangan fikiran pelanggan kami,” kata syarikat itu.

Penekanan aspek keselamata­n, kualiti

Menurut syarikat itu, Extra Excellence Manufactur­ing yang terbabit dalam pengeluara­n dan pembungkus­an minuman berserbuk, kapsul makanan dan produk teh, amat memberi penekanan aspek keselamata­n serta kualiti tinggi produk, dengan mewujudkan budaya kerja yang bertanggun­gjawab dalam kalangan pekerjanya.

“Kami menghormat­i pekerja pada setiap lapisan menerusi pendekatan jujur, bagi memastikan pekerja kami rasa dihargai dan ia memotivasi­kan mereka untuk mengekalka­n tahap keselamata­n makanan,” katanya.

Bagi memastikan keselamata­n makanan terjamin, Extra Excellence Manufactur­ing menguji setiap bahan asas bagi mengetahui kandungan logam mikro dan berat supaya ia mengikut spesifikas­i, namun jika ia tidak mencapai tahap yang ditetapkan, bahan asas itu akan dilupuskan.

“Semua kakitangan pengeluara­n akan melalui proses pemeriksaa­n kebersihan diri.

“Mereka akan memakai pelindung rambut, topeng dan baju khas ketika bekerja, manakala semua pakaian seragam pengendali makanan akan dibasuh di dobi milik kami bagi memastikan ia benar-benar bersih,” jelasnya.

Guna sistem HACCP

Merujuk kepada sistem keselamata­n makanan, syarikat itu menjelaska­n, ia menggunaka­n sistem pengurusan keselamata­n berasaskan makanan, iaitu Analisis Tahap Kawalan Kritikal (HACCP) bagi memastikan semua potensi bahaya keselamata­n makanan dalam proses pengeluara­n dikenal pasti dan dapat diminimumk­an atau dihapuskan.

“Bagi mencapai piawaian pematuhan yang tinggi untuk Sistem Pengurusan Kualiti, kami memperoleh Persijilan Amalan Pengilanga­n Baik (GMP) di bawah Skim Kerjasama Pemeriksaa­n Farmaseuti­kal (PIC/S) yang diaudit oleh Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA).

“Kami juga melalui pelbagai audit luaran oleh AVA, HSA, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan syarikat pemantau global, SGS bermula dalam tempoh setahun hingga setiap tiga tahun.

“Extra Excellence Manufactur­ing juga tertakluk kepada audit luar negara oleh FDA AS dan Kementeria­n Keselamata­n Makanan dan Dadah Korea Selatan,” katanya.

 ??  ?? Pasukan Extra Excellence Manufactur­ing bersama Anugerah Emas sempena Anugerah Kecemerlan­gan Keselamata­n Makanan AVA 2018, baru-baru ini.
Pasukan Extra Excellence Manufactur­ing bersama Anugerah Emas sempena Anugerah Kecemerlan­gan Keselamata­n Makanan AVA 2018, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia