Berita Harian

Prestasi KDNK negara 2017 positif, capai RM1.353 trilion

-

Malaysia terus berkembang pada 2017 dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada harga semasa mencapai RM1.353 trilion, meningkat 9.9 peratus daripada RM1.231 trilion pada 2016.

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pengembang­an KDNK diterajui oleh Lebihan Kendalian Kasar (LKK) yang merekodkan RM813.0 bilion (2016: RM732.6 bilion), manakala Pampasan Pekerja (PP) berjumlah RM475.7 bilion, peningkata­n 9.6 peratus dari 2016.

Dalam kenyataan yang dikeluarka­n Jabatan Perangkaan semalam, beliau berkata cukai tolak subsidi ke atas pengeluara­n dan import kukuh pada RM64.7 bilion (2016: RM64.4 bilion).

Peningkata­n Lebihan Kendalian Kasar

Sementara itu, LKK yang meningkat 11 peratus dari 2016 kekal sebagai penyumbang terbesar dalam komponen pendapatan dengan 60.0 peratus (2016: 59.5 peratus), manakala sumbangan PP kepada ekonomi Malaysia mencatatka­n 35.2 peratus dan berkembang 9.6 peratus, yang sebahagian besar didorong sektor perkhidmat­an dan pembuatan, katanya.

Beliau berkata, cukai tolak subsidi ke atas pengeluara­n dan import dengan pertumbuha­n marginal 0.5 peratus selepas mencatatka­n 15.7 peratus pada 2016, menyumbang 4.8 peratus (2016: 5.2 peratus) kepada keseluruha­n pendapatan.

Mohd Uzir berkata, bagi PP perkhidmat­an adalah penyumbang terbesar kepada jumlah keseluruha­n PP Malaysia dengan menjana 60.0 peratus (2016: 60.7 peratus), manakala sumbangan pembuatan berkembang kepada 23.2 peratus berbanding 22.7 peratus pada 2016.

Beliau berkata, pembinaan menyumbang sebanyak 10.1 peratus, diikuti pertanian serta perlombong­an dan pengkuaria­n, yang masing-masing menyumbang 4.9 peratus dan 1.8 peratus.

Bagi LKK, perkhidmat­an menyumbang 51.0 peratus kepada jumlah LKK pada 2017, diikuti pembuatan dengan sumbangan 22.4 peratus, perlombong­an dan pengkuaria­n (13.8 peratus) serta pertanian (11.1 peratus), katanya.

Sumbangan terendah sektor pembinaan

Beliau berkata, sementara itu, pembinaan merekodkan sumbangan terendah sebanyak 1.7 peratus bagi LKK.

Menurut Mohd Uzir, LKK meningkat kepada 11.0 peratus, melepasi pertumbuha­n ekonomi 9.9 peratus, disokong oleh perkembang­an dalam semua sektor dengan perkhidmat­an mengukuh kepada 8.7 peratus, berbanding 6.3 peratus pada 2016 susulan pertumbuha­n dua digit 10.2 peratus dalam perdaganga­n borong dan runcit; makanan dan minuman serta penginapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia