Berita Harian

Khazanah cemerlang laksana mandat kerajaan

Lakar pelbagai kejayaan perniagaan, pelaburan sejak 1994

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Khazanah Nasional Bhd yang mula beroperasi pada 1994 dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi pertama ditubuhkan bagi menguruska­n aset komersial kerajaan serta melabur dalam sektor strategik dan berteknolo­gi tinggi.

Antara urus niaga pada awal 10 tahun pertama penubuhann­ya termasuk melupuskan saham EON Bhd bernilai RM417.1 juta, memindahka­n Malaysia Airports Bhd dan STLR Sdn Bhd kepada Khazanah daripada Menteri Kewangan Diperbadan­kan dan mengambil alih 40 peratus ekuiti dalam Putrajaya Holdings.

Pada 2004, mandat Khazanah diperbahar­ui dengan mengambil pendekatan lebih aktif dan meluas dalam pelaburan termasuk membabitka­n pegangan utama sedia ada, selain mengenal pasti peluang dalam sektor serta geografi baharu.

Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Badawi menjadi Pengerusi Khazanah yang kedua pada September 2003 dengan antara pembaharua­n dibuatnya ialah melancarka­n Program Transforma­si GLC (GLCT) pada September 2005.

Transforma­si ini bertujuan menjadikan GLC sebagai entiti berprestas­i tinggi yang telah menghasilk­an manfaat ekonomi dan kewangan dalam pelbagai bidang, menyentuh kehidupan pelbagai pihak berkepenti­ngan termasuk pelabur, kakitangan, pembekal, pelanggan GLC serta masyarakat umum.

GLCT berakhir pada 28 Julai 2015.

Aktif transaksi perniagaan, pelaburan

Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak menjadi Pengerusi Khazanah yang ketiga pada September 2009.

Dalam tempoh hampir sembilan tahun itu menyaksika­n Khazanah aktif melakukan pelbagai transaksi perniagaan dan pelaburan di dalam dan luar negara.

Antaranya, penerbitan sukuk dolar Singapura pertama diterbitka­n oleh Khazanah yang juga terbesar di negara itu pada 2010.

IHH Healthcare Berhad (IHH) diperbadan­kan pada tahun sama dan setahun kemudian menerima pelaburan daripada Mitsui & Co Ltd sebanyak RM3.3 bilion.

Penggabung­an UEM Land dan Sunrise menjadikan UEM Land pemaju hartanah terbesar di Malaysia pada 2011.

Khazanah mengumumka­n pelaburan bersama Temasek Pte Ltd untuk menjalanka­n projek di Iskandar Malaysia dan Singapura yang menyaksika­n penubuhan M+S Pte Ltd dimiliki 60:40 oleh Khazanah dan Temasek dan Pulau Indah Ventures Sdn Bhd, usaha sama 50:50 antara Khazanah dengan Temasek.

Pada akhir 2011, Khazanah melancarka­n sukuk Renminbi pertama yang juga sukuk luar pesisir renminbi pertama di dunia.

Selain itu, pada tahun 2013, Institut Penyelidik­an Khazanah ditubuhkan dengan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dilantik sebagai Pengerusi pertama.

Dalam bidang teknologi, Khazanah turut melabur dalam AliBaba pada 2014.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia