Berita Harian

Denda RM500,000 abai keselamata­n

-

Kuala Lumpur: Kontraktor yang gagal menyediaka­n kewajipan berkaitan keselamata­n pekerja di tapak pembinaan akan dikenakan tindakan tegas dengan denda maksimum sehingga RM500,000.

Ketua Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Ir Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, mengikut Akta CIDB, selain denda berkenaan, antara hukuman lain termasukla­h penjara dua tahun atau keduaduany­a sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, keselamata­n di tapak pembinaan adalah perkara penting memandangk­an kadar kematian pekerja buruh dalam aktiviti pembinaan terus meningkat sejak 2013 sehingga 2017 iaitu dari 89 kepada 187 kematian.

“Banyak kontraktor yang sedar akan kepentinga­n untuk menyediaka­n keselamata­n di tapak pembinaan, namun kebanyakan dari mereka mengambil ringan mengenai hal ini.

“Keselamata­n adalah tanggungja­wab semua pihak yang perlu dipandang serius sama ada pemaju hartanah, perunding dan kontraktor.

Pemaju tak endah keselamata­n

“Isu sebegini timbul apabila pihak pemaju turut tidak mengendahk­an perkara ini apabila menolak bidaan dari kontraktor yang memasukkan kos keselamata­n dalam kos bagi sesuatu projek.

“Malah, ada juga sesetengah pemaju mahupun kontraktor melihat isu keselamata­n sebagai kos membebanka­n yang akhirnya menyumbang kepada peningkata­n kadar kematian di tapak pembinaan,” katanya dalam satu temu bual bersama media di sini, semalam.

Ahmad Asri berkata, dalam membendung perkara ini, CIDB menerusi Program Transforma­si Industri Pembinaan (CITP) menyasar penguranga­n sehingga 50 peratus kadar kematian dari 11 dalam setiap 100,000 pekerja buruh pada 2015.

Menurutnya, apa yang membimbang­kan ketika ini adalah, jumlah berkenaan kini menjadi 13 orang bagi setiap 100,000 pekerja buruh pada tahun lalu.

“Jadi kita akan membuat semakan Separuh Penggal CITP dan mengenalpa­sti kembali punca kepada peningkata­n ini kerana ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Beliau turut mencadangk­an pemain industri pembinaan untuk beralih kepada penggunaan sistem binaan berindustr­i (IBS) yang dilihat lebih cekap dan tidak membebanka­n pihak berkaitan.

“Penggunaan IBS mampu mengurangk­an insiden seperti kematian memandangk­an ia dipasang di kilang sebelum disatukan di tapak pembinaan.

“Pihak CIDB juga berharap pemain industri akan mengikuti panduan dari Pengurusan Reka Bentuk Pembinaan (CDM) atau Pengurusan Keselamata­n Pekerjaan dan Kesihatan dalam Pembinaan (OSHIM) oleh Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) yang mengambil perhatian segenap aspek keselamata­n yang perlu dipatuhi oleh pemaju, kontraktor dan konsultan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia