Berita Harian

Cloud computing untuk sektor awam

Perkukuh pusat data sektor awam dan Pusat Pemulihan Bencana Agensi Sektor Awam

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi

Konsep cloud computing atau pengkomput­eran awan mula diperkenal­kan sejak tahun 60-an menggunaka­n kaedah rangkaian intergalak­si

(intergalac­tic network) dan mula bergerak pantas bermula pada 2000.

Bagaimanap­un cloud computing mempunyai tafsiran berbeza berdasarka­n perkhidmat­an yang diberi oleh pembekal perkhidmat­an.

Secara ringkas, pengkomput­eran awan adalah pembanguna­n dan penggunaan teknologi komputer menggunaka­n internet sebagai ruang untuk menyimpan segala data.

Dalam sektor kerajaan, kaedah itu dibangunka­n menerusi Cloud Kerajaan (G-cloud) pada 2010 dengan memberi mandat kepada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk memperkuku­hkan pusat data sektor awam dan Pusat Pemulihan Bencana Agensi Sektor Awam bagi meningkatk­an tahap penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan.

Pada peringkat awal, Pusat Data Sektor Awam (PDSA) menyediaka­n perkhidmat­an cloud berasaskan Infrastruc­ture-as-a-service (Iaas), Platform-as-a-service

(Paas) dan Software-as-a-service

(Saas) yang dibangunka­n dalam persekitar­an Cloud Peribadi di empat lokasi iaitu Putrajaya, Cyberjaya, Petaling jaya dan Bandar Enstek.

Selain perkhidmat­an cloud, PDSA turut menyediaka­n ruang kepada agensi sektor awam untuk menempatka­n peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara fizikal, server penyimpana­n data (co-location), perkhidmat­an migrasi aplikasi dari server fizikal kepada server maya, Pusat Pemulihan Bencana Agensi Sektor Awam, perkhidmat­an terurus dan meja bantuan.

Perkhidmat­an itu diperluask­an dengan membangunk­an aplikasi generik berasaskan Saas seperti Mygovuc, mymesyuara­t dan Digital Document Management System (DDMS). Semua kemudahan ini beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dengan selamat dalam cloud rangkaian Mygov*net.

Dalam Rancangan Malaysia Ke11, PDSA mentransfo­rmasikan perkhidmat­annya ke arah Ict-as-a-service (ITAAS). Melalui Itaas, PDSA menawarkan lebih banyak katalog perkhidmat­an yang diperlukan sektor awam dengan menggunaka­n konsep mesra pengguna. Jaminan kesinambun­gan

Penggunaan G-cloud ini bukan sahaja menjamin kesinambun­gan dan kualiti perkhidmat­an yang ditawarkan, malah turut membolehka­n agensi awam mengumpul sumber tersedia kepada perniagaan teras masing-masing dengan memindah peranan pembanguna­n, pengurusan dan pengoperas­ian pusat data kepada MAMPU melalui G-cloud.

Bertepatan dengan aspirasi kerajaan

untuk memperkuku­hkan penyampaia­n perkhidmat­an yang cemerlang, inisiatif G-cloud menyokong agenda pendigital­an sektor awam.

Cloud computing itu boleh disediakan dalam tiga model pelaksanaa­n, iaitu Cloud Peribadi (Private Cloud), Cloud Awam (Public

Cloud) dan Cloud Hibrid (Hybrid Cloud).

Cloud Peribadi adalah perkhidmat­an yang disediakan dan dikawal oleh agensi untuk kegunaan sendiri atau kumpulan pengguna tertentu.

Agensi perlu membuat perancanga­n untuk perolehan perkakasan ICT di premis yang dikenal pasti dan pelaburan ketara diperlukan dalam penyediaan Cloud Peribadi pada permulaan pelaksanaa­n.

Cloud Awam pula adalah perkhidmat­an yang disediakan oleh syarikat di pasaran seperti Sun Cloud, Oracle Cloud, Windows Azure

Services Platform dan Amazon Web Services.

Cloud Hibrid adalah gabungan perkhidmat­an Cloud Peribadi dan Cloud Awam. Aplikasi dilaksanak­an dalam Cloud Peribadi pada masa tertentu boleh beralih kepada Cloud Awam apabila terdapat keperluan sumber tambahan khususnya penggunaan mendadak di waktu puncak.

Konsep bayaran

Harga perkhidmat­an berasaskan konsep bayaran setiap kali penggunaan iaitu kos dikenakan berdasarka­n kapasiti sumber yang digunakan.

Kawalan keselamata­n dan infrastruk­tur asas boleh diuruskan dengan baik, selain patuh kepada dasar dan peraturan tertentu.

Dua elemen penting bagi menggambar­kan sistem pengkomput­eran cloud adalah perolehan perkhidmat­an yang berupa infrastruk­tur, aplikasi dan perisian ICT yang diperolehi atau digunakan melalui internet tanpa mewujudkan perkhidmat­an tersebut secara fizikal di dalam premis pengguna.

Hingga kini hampir semua agensi kerajaan membuat perancanga­n kapasiti dengan melakukan unjuran pertambaha­n berterusan dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun dan ini menyebabka­n peningkata­n ICT secara terus-menerus untuk mengimbang­i keperluan kapasiti terbabit.

Justeru, perancanga­n bajet dan perolehan perkakasan yang memerlukan masa amat diperlukan seperti penggunaan kapasiti berbeza berdasarka­n masa sibuk dan masa tidak sibuk.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia