Berita Harian

PERSONALIT­I:

Murid SK Raja Muda bawa seni tari tempatan hingga ke Eropah

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Laiqa bawa seni tempatan ke Eropah

Bermula dengan mengikuti kelas tarian balet ketika berusia sembilan tahun, Laiqa Akhyar Wafi Nazrin, meneruskan impiannya untuk menjadi seorang penari serba boleh dengan menyertai Kumpulan Akar Waris.

Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Muda, Sekolah Berprestas­i Tinggi (SBT) itu mengakui, sejak kecil dia gemar melihat kostum pakaian berwarnawa­rni dan solekan penari ketika menonton persembaha­n.

“Ketika kecil, saya suka melihat penari bersolek dengan kostum tarian, selain lenggok badan yang lemah lembut mengikut irama lagu menarik saya untuk menjadi seorang penari.

Persembaha­n di Turki

“Sebaik sahaja diberi peluang untuk menyertai Program Pembanguna­n Tari di sekolah, saya terus giat berlatih sehingga turut berpeluang menyertai Festival Kanakkanak di Sariyer, Istanbul, Turki, awal tahun ini,” katanya ketika ditemui di sini, barubaru ini.

Berkongsi pengalaman­nya di Sariyer, Turki, Laiqa Akhyar atau lebih mesra dengan panggilan Laiqa dalam kalangan rakannya berkata, peluang untuk membuat persembaha­n di hadapan penonton asing tidak akan dilupakan sampai bilabila.

“Kami bukan sahaja dapat mewakili negara memperkena­lkan tarian tradisiona­l, tetapi berkenalan dengan rakan baharu dari seluruh dunia.

“Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mempelajar­i tarian budaya negara lain yang turut bertanding dan membuat persembaha­n pada karnival berkenaan,” katanya.

Jaga disiplin

Menjadikan tarian ‘Gendang Warisan’ sebagai tarian kegemarann­ya, Laiqa memberitah­u disiplin yang diterapkan oleh jurulatih tari kumpulan itu banyak mengajarny­a untuk sen tiasa menjaga tatatertib dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Apabila menjalani latihan, perkara pertama yang diterapkan oleh jurulatih adalah disiplin seperti menepati masa, mematuhi arahan, menjaga hubungan sesama rakan dan konsisten dalam setiap perkara yang dijalankan.

“Saya sudah terbiasa menjaga disiplin diri dan menerapkan­nya dalam semua aktiviti harian lain seperti membuat kerja sekolah dan menjaga kelakuan walau di mana pun saya berada,” katanya yang juga aktif bermain seruling.

Ketika kecil, saya suka me at penari bersolek dengan kostum tarian mereka yang berwarnawa­rni, selain lenggok badan yang lemah lembut mengikut irama lagu menarik saya untuk aktif dalam tarian” Laiqa Akhyar Wafi Nazrin Murid SK Raja Muda, (SBT)

 ??  ??
 ??  ?? Gaya Laiqa lengkap dalam busana tarian tradisiona­l.
Gaya Laiqa lengkap dalam busana tarian tradisiona­l.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia