Berita Harian

Hart tidak sabar tinggalkan City

-

Chigago: Joe Hart terdesak untuk meninggalk­an Manchester City untuk menyemarak­kan semula kariernya selepas kurang diperlukan pengurus, Pep Guardiola.

Bekas penjaga gol England itu disingkirk­an oleh pengendali dari Sepanyol itu selepas dilantik sejak dua tahun lalu dan selepas dua kali dipinjamka­n ke Torino dan West Ham United, pemain berusia 31 tahun itu masih gagal berpindah secara tetap dari Etihad.

Hart julung kali tampil buat City sejak Ogos 2016 ketika kalah 0-1 kepada Borussia Dortmund pada aksi Piala Juara Antarabang­sa di Solder Field kelmarin, namun dia belum tahu mengenai masa depannya.

Masuk pada babak kedua sebagai pengganti Claudio Bravo, pemain yang dibawa Guardiola untuk menggantik­annya, dia kelihatan lebih tenang dan menyelamat­kan beberapa percubaan bahaya.

Chelsea dikaitkan dengannya jika Thibaut Courtois berpindah ke Real Madrid, namun dengan Hart berada pada tahun terakhir kontraknya yang dipercayai sekitar £160,000 (RM853,000) seminggu, hanya perjanjian jangka panjang mungkin diterimany­a.

Perlu pindah

“Saya tidak pernah bercuti lama pada musim panas, jadi bagus untuk bermain bola sepak sekali lagi. Saya berseronok sebaik mungkin. Saya sudah menanganin­ya dengan cara sama saya menangani setiap perkara. Saya profesiona­l dan tugas saya adalah bermain bola sepak.

“Ada orang lain yang akan menguruska­n hala tuju saya pada masa depan.

“Saya perlu berpindah ke satu kelab secara tetap, saya fikir ia jelas. Saya lakukan apa yang perlu dalam dua musim terakhir kerana saya mahu terbabit pada Piala Dunia,” kata Hart yang mengakui dia akan memenuhi 12 bulan terakhir kontraknya jika gagal berpindah.

Kemelut Hart di City menyaksika­n dia hilang tempat dalam skuad kebangsaan England kepada Jordan Pickford dan sekalipun dia gembira menyaksika­n skuad kendalian Gareth Southgate mengatasi ramalan apabila layak ke separuh akhir Piala Dunia, tidak mudah buatnya apabila hanya menjadi penonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia