Berita Harian

Sarawak puas hati janji pembentuka­n Malaysia

Kuasa negeri perlu dikembali semula menerusi rundingan

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Ungkapan keramat ‘Anang Malaysia baka tebu, manis dipun tabar di hujung’ kembali bergema pada sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak Ke-55 di Dataran Perayaan di sini, semalam.

Ungkapan berkenaan yang dilontarka­n mendiang Tun Temenggong Jugah Barieng, ketika pembentuka­n Malaysia bermaksud ‘Jangan Malaysia seperti tebu, manis di pangkal tawar di hujung’, cukup signifikan dalam konteks Sarawak sebagai rakan kongsi pembentuka­n negara ini pada 1963.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, mengingatk­an kembali ungkapan itu di hadapan 4,000 rakyat Sarawak yang hadir meraikan Hari Kemerdekaa­n Sarawak, bagi mengenang kebebasan negeri ini daripada belenggu kolonial British.

Beliau berkata, secara asasnya, Sarawak berpuas hati dengan janji pembentuka­n Malaysia yang sudah dilunaskan, malah keselamata­n negeri ini berdepan ancaman dalaman dan wilayah jiran berjaya diselesaik­an dengan bantuan Kerajaan Persekutua­n dan negara Komanwel.

“Namun, dalam situasi sengaja atau tidak, hak Sarawak semakin dihakis tanpa pengetahua­n rakyat Sarawak sendiri. Sudah pasti keadaan ini membawa ketidakpua­san hati rakyat Sarawak keseluruha­nnya.

Perasaan tak puas hati rakyat

“Kita berpandang­an kuasa Sarawak perlu dikembalik­an semula menerusi rundingan kerana perasaan tidak berpuas hati rakyat Sarawak membabitka­n hak negeri adalah tidak sihat dalam kehidupan kita bernegara,” katanya dalam ucapan di Dataran Perayaan di sini, semalam.

Yang turut hadir Yang di-pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib; ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri James Jemut Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta barisan Kabinet Sarawak.

Abang Johari ketika mengulas lanjut, berkata sebelum menyertai pembentuka­n Malaysia kira-kira 55 tahun lalu, Sarawak sudah mempunyai undang-undang pentadbira­n dan pengurusan sumber aslinya, terutama membabitka­n minyak dan gas.

“Ordinan Perlombong­an Minyak 1958 (OMO 1958) tidak pernah dimansuhka­n dan Sarawak tidak pernah bersetuju terhadap manamana peruntukan undang-undang Persekutua­n yang mengatasi kuasa OMO 1958 seperti mana terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Apa sahaja perkara membabitka­n hak Sarawak terpakai sekiranya diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, Sarawak tidak pernah menyatakan persetujua­n terhadap Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 (PDA 1974) yang diluluskan Parlimen dan kerajaan negeri kekal mempertaha­nkan OMO 1958.

“OMO 1958 memperuntu­kkan kerajaan negeri kuasa untuk mentadbir sepenuhnya minyak Sarawak dan sumber gasnya,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Abdul Taib merasmikan sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak 2018 di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Petra Jaya, semalam. Yang turut hadir Abang Johari.
[FOTO BERNAMA] Abdul Taib merasmikan sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak 2018 di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Petra Jaya, semalam. Yang turut hadir Abang Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia