Berita Harian

Ekspres komuter KL Sentral Seremban operasi Rabu

-

Seremban: Perkhidmat­an Ekspres Komuter Seremban - Nilai - KL Sentral yang mula beroperasi Rabu ini, adalah sebahagian usaha kerajaan menggalakk­an rakyat menaiki pengangkut­an awam.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook, berkata perkhidmat­an ekspres itu akan menawarkan satu trip sehala dari Seremban ke KL Sentral pada waktu pagi dan KL Sentral ke Seremban pada sebelah petang, hanya ditawarkan pada hari bekerja sahaja.

“Pada sebelah pagi, ia bermula di Seremban pada jam 7.08 pagi, tiba di Nilai pada jam 7.25 pagi, berhenti seminit untuk mengambil penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke KL Sentral yang dijangka tiba pada jam 8.19 pagi.

“Pada sebelah petang pula dari KL Sentral jam 5.55 petang, tiba di Nilai 6.50 petang dan dijangka tiba di stesen Seremban pada jam 7.10 malam,” katanya selepas merasmikan Pusat Khidmat DUN Lobak, di sini semalam.

Tambang RM3.60 hingga RM8.70

Anthony Loke berkata, buat masa ini tambang yang dikenakan adalah sama dengan perjalanan biasa dari Seremban ke KL Sentral iaitu RM8.70; Nilai ke KL Sentral RM7 dan Nilai ke Seremban RM3.60.

Beliau berkata, perkhidmat­an ekspres ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana pernah dilaksanak­an sebelum ini, tetapi diberhenti­kan beberapa tahun lepas.

“Saya berjumpa dengan pengurusan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) sebulan lalu dan meminta mereka memulakan kembali perkhidmat­an ekspres ini, memandangk­an ramai penduduk Seremban bekerja di Kuala Lumpur.

“Tren ini juga adalah tambahan dan tidak mengganggu jadual perjalanan sedia ada,” katanya.

Ditanya kemungkina­n tren menghadapi masalah menepati waktu perjalanan, Anthony Loke berkata, pihaknya akan memastikan waktu perkhidmat­an itu dipantau dan meminta KTMB menghantar laporan kepada pihaknya.

“Saya akan cuba pastikan tren ekspres ini sampai tepat pada masanya dan sudah meminta pihak KTMB membuat satu aplikasi web dan mobile,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Pusat Khidmat DUN Lobak yang dirasmikan semalam, dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk sekitar.

Saya akan pastikan tren ekspres sampai tepat pada masa dan meminta KTMB membuat satu aplikasi web dan mobile” Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkut­an

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia