Berita Harian

NSTP sedia tawaran eksklusif, kupon

Kerjasama dengan iprice Group permudah pelanggan beli-belah

-

New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) akan bekerjasam­a dengan platform pemasaran tempatan terbaik, iprice Group Sdn Bhd bagi menawarkan pelbagai tawaran eksklusif dan kupon kepada pelanggan dalam talian menerusi http://vouchers.nst.com.my/.

Laman eksklusif yang dirangka menerusi platform e-dagang yang bakal dilancarka­n oleh New Straits Times (NST) bulan ini akan dikemas kini setiap hari bagi memudahkan pelanggan membelibel­ah dengan lebih mudah.

Pengurus Besar, Perniagaan Digital dan Pembanguna­n NSTP, Azizi Othman, berkata inisiatif terbaru berkenaan dilancarka­n bagi memenuhi usaha syarikat yang komited menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an digital dengan nilai tambah khusus buat pelanggan.

Katanya, iprice bukan sahaja memiliki reputasi yang kukuh di Malaysia dan rantau ini, malah berkeboleh­an menyediaka­n platform yang akan membanding­kan harga lebih 250 juta produk bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan terbaik sebelum melakukan pembelian.

“Laman ‘Baucar’ akan menyenarai­kan pelbagai tawaran baucer dan kupon bernilai tinggi dalam talian daripada 60 peniaga e-dagang di Malaysia dan di seluruh dunia.

Kandungan digital diperkaya

“Selain itu, kandungan digital NST turut akan diperkayak­an supaya lebih mantap dan berkualiti.

“Kami percaya jalinan kerjasama ini dapat mengukuhka­n ekosistem e-dagang sekaligus membantu meningkatk­an mutu nilai seumur hidup pelanggan (CLV) menerusi pembabitan NST dalam industri ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran iprice Group, Matteo Sutto berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat bekerjasam­a dengan akhbar Bahasa Inggeris tertua di Malaysia dalam menyediaka­n platform beli-belah global dengan cara termudah dan terpantas.

Katanya, pertumbuha­n pesat ekonomi Internet sejak bertahun lalu meningkatk­an angka peniaga e-dagang, malah pihaknya berpeluang menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dalam talian menerusi platform yang menggabung­kan semua pilihan yang tersedia.

“Laporan oleh Google dan Temasek menunjukka­n bahawa nilai e-dagang di Malaysia dijangka melebihi RM33 bilion (AS$8 bilion) menjelang tahun 2025 dan industri berkembang lebih cepat daripada yang diramalkan.

“NST berkembang sejajar dengan masa sejak abad lalu dalam menyalurka­n laporan berita yang paling relevan, semasa dan komprehens­if kepada rakyat Malaysia,” katanya.

“Kami percaya kerjasama berpasukan ini dapat memberi nilai yang lebih besar kepada berjuta pelanggan secara tetap,” katanya.

 ??  ?? Azizi Othman
Azizi Othman
 ??  ?? Laman eksklusif yang dirangka menerusi platform e-dagang yang bakal dilancarka­n NST memudahkan pelanggan membeli-belah.
Laman eksklusif yang dirangka menerusi platform e-dagang yang bakal dilancarka­n NST memudahkan pelanggan membeli-belah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia