Berita Harian

Keriangan mandi-manda berakhir tragedi

-

Bintulu: Sebuah jentolak terpaksa digunakan bagi memecahkan saluran pembentung di Sungai Siod dekat ladang sawit berhampira­n Jalan Pesisir Bintulu-miri, di sini, kelmarin, untuk mengesan seorang pekerja ladang.

Mayat Nor Alam, 26, seorang warga Indonesia, ditemui kira-kira jam 9 malam, selepas tujuh jam mangsa dilaporkan hilang ketika bermandi-manda bersama rakan sekerjanya di sungai itu, dipercayai dihanyutka­n arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit, berkata mayat mangsa ditemui di hujung saluran pembentung berkenaan oleh rakan sekerjanya sebelum memaklumka­n penemuan itu kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Katanya, sejurus ditemui, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Bintulu untuk proses bedah siasat.

“Berdasarka­n maklumat yang diterima, mangsa bersama rakannya mandi di sungai itu sejurus selepas selesai bekerja. Mangsa kemudian dilihat terkapai-kapai sebelum hanyut dan tenggelam.

“Difahamkan, beberapa rakannya cuba menyelamat­kan lelaki itu, namun arus agak deras dan keadaan sungai yang berbatu boleh mengancam keselamata­n mereka,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Beliau berkata, sebuah jentera bersama empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus dimaklumka­n mengenai insiden berkenaan oleh penyelia ladang bagi melakukan operasi SAR.

“Kita turut mendapatka­n bantuan sebuah jentolak bagi memecahkan saluran pembentung di sungai berkenaan, antara lokasi mangsa dipercayai terperangk­ap. Namun, usaha SAR ditamatkan kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin) berikutan keadaan gelap.

 ?? [ FOTO ERIKA GEORGE/BH] ?? Jentolak digunakan untuk memecahkan pembentung yang terletak di dasar sungai, bagi mengeluark­an mangsa dipercayai teperangka­p dalamnya.
[ FOTO ERIKA GEORGE/BH] Jentolak digunakan untuk memecahkan pembentung yang terletak di dasar sungai, bagi mengeluark­an mangsa dipercayai teperangka­p dalamnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia