Berita Harian

Orang ramai banjiri Hongkod Koisaan rai Pesta Kaamatan

-

Penampang: Orang ramai dan pelancong mula membanjiri Pusat Kebudayaan Hongkod Koisaan di sini, semalam, bagi meraikan sambutan Pesta Kaamatan tahun ini.

Selain gimik upacara menuai padi serta Magavau (upacara ritual) sempena sambutan itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan, antaranya persembaha­n kebudayaan tradisi etnik di Sabah hari ini dan kemuncak Unduk Ngadau (ratu cantik), esok.

Tinjauan NSTP mendapati, seawal jam 9 pagi kelihatan bas pelancong dan kenderaan persendiri­an membanjiri pesisir jalan raya di kawasan berhampira­n pusat kebudayaan itu.

Curi perhatian

Kakitangan dan peserta pameran turut sibuk menyiapkan hiasan di rumah tradisiona­l etnik dan gerai masing-masing, namun ia tidak menghalang orang ramai melawat pusat kebudayaan itu.

Seorang pencipta alat muzik daripada buluh, Kuhim Ugat, antara mencuri perhatian pengunjung dalam festival kali ini menerusi pameran pelbagai jenis alat muzik tradisiona­l yang dihasilkan­nya.

“Saya berasal dari sebuah kampung di Tamparuli yang mencipta dan bermain alat muzik daripada jenis buluh seperti seruling, harmonika, sompoton dan xylophone.

“Instrumen ini memerlukan kemahiran untuk mendapatka­n hasil bunyi yang merdu dan ada juga alat muzik yang mudah digunakan untuk kanak-kanak,” katanya ketika ditemui NSTP.

Terdapat juga gerai menjual pakaian tradisiona­l dan aksesori pakaian termasuk hiasan di kepala, perhiasan manik dan Tangkong (tali pinggang tradisi) daripada pelbagai etnik yang berbeza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia