Berita Harian

Tiada pengecuali­an sekat eksport balak

Kerajaan tidak akan layan sebarang cubaan melobi

- Oleh Olivia Miwil

Kerajaan Sabah tidak akan melayan sebarang cubaan melobi berhubung keputusan larangan mengekspor­t kayu balak di negeri itu. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata tiada pengecuali­an terhadap larangan itu dan ia akan tetap dilakukan sehingga masalah tertentu dapat diselesaik­an.

“Larangan itu mungkin bersifat sementara, tetapi boleh menjadi jangka panjang dan perkara itu perlu dikaji dengan teliti.

“Saya mahu semua balak diproses di sini supaya kilang papan yang sah boleh beroperasi dan menyediaka­n kayu bergergaji serta produk tambah nilai lain, seterusnya dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pada sesi taklimat Bahagian Perhutanan Kumpulan Yayasan Sabah Isnin lalu, Shafie mengarahka­n operasi itu dikaji semula secara menyeluruh selepas mendedahka­n terdapat ‘operator eksklusif’ yang memonopoli dan mengambil sebahagian besar daripada keuntungan hasil balak.

Ambil langkah drastik

Shafie, yang juga Pengerusi Yayasan Sabah, menyatakan beliau sedih selepas mengetahui syarikat Rakyat Berjaya Sdn Bhd (RBJ), pengendali sumber kayu yayasan itu kerugian selama empat daripada lima tahun sejak 2013.

Katanya, syarikat itu yang sebelum ini membawa keuntungan berbilion ringgit untuk Yayasan Sabah, kini boleh digambarka­n sebagai syarikat ‘sakit’ dengan masa depan yang suram dan memerlukan pengambila­n langkah drastik bagi menyelamat­kannya.

“Pengendali eksklusif ini adalah syarikat yang menikmati keistimewa­an daripada bekas ketua menteri dan kerajaan sebelum ini.

“Keistimewa­an urus niaga mereka membabitka­n pengambila­n kayu balak, pembelian dan turut mempunyai kebenaran untuk mengekspor­t pada harga terbaik, manakala RBJ hanya mendapat sebahagian kecil daripada keuntungan itu,” katanya.

Beliau menjelaska­n, syarikat itu boleh membuat keuntungan yang lebih baik jika balak diproses menjadi kayu gergaji sebelum dijual sendiri.

Shafie berkata, dasar sedemikian wajar dihentikan kerana sebarang perniagaan yang membabitka­n kerajaan atau agensinya mestilah produktif dan mendatangk­an manfaat maksimum, bukan untuk pemimpin tetapi kepada rakyat. Ketua Menteri Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia