Berita Harian

Uruguay tampil lebih gagah

Gabungan muka lama, pertahanan muda mantapkan pasukan

-

Juara dunia dua kali, Uruguay tiba di Russia dengan harapan menggunung selepas dianggap antara pencabar kejuaraan apabila menamatkan kempen kelayakan Amerika Selatan selaku naib juara di belakang Brazil.

Dibarisi deretan pemain berkualiti yang kebanyakan berpangkal­an di Eropah, tiada siapa memandang rendah kemampuan skuad dengan jolokan La Celeste pada kempen kali ini dengan jentera seranganny­a saja mampu menggerunk­an sesiapa saja.

Dijana oleh penyerang Barcelona, Luis Suarez dan peledak tinggi lampai Paris Saint Germaint (PSG), Edinson Cavani, impak yang diberikan kedua-duanya cukup besar serta menjadi tonggak kelab masingmasi­ng.

Di tepi padang, pengurusny­a, Oscar Tabarez mungkin sudah berusia 71 tahun tetapi magisnya belum lagi hilang terutama bagi memastikan Uruguay tidak ketandusan pemain.

Beraksi dengan baik

Antara pemain muda yang diberi kepercayaa­n kali ini ialah pemain Juventus, Rodrigo Bentancur dan Sampdoria, Lucas Torreira yang sedia memastikan kelancaran bola dengan dua pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin dan Jose Maria Gimenez mengetuai benteng pertahanan.

Godin dan Gimenez jelas beraksi dengan baik apabila mengemudi Atletico menjulang Liga Europa selain menamatkan kempen La Liga di tangga kedua pada musim ini.

Selepas menamatkan cabaran di Afrika Selatan selaku pasukan empat terbaik, edisi berikutnya di Brazil, empat tahun lalu berakhir sedikit duka tetapi mara ke peringkat 16 terakhir daripada kumpulan maut yang turut dibarisi England dan Itali boleh dianggap satu kejayaan.

Di Russia, sekali pun dianggap pasukan pilihan daripada Kumpulan A, Mesir yang ditunjangi Mohamed Salah dan tuan rumah, Russia memiliki kemampuan untuk mencipta kejutan.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Pasukan Uruguay menjalani latihan di Montevideo, Uruguay, kelmarin dalam persiapan menjelang Piala Dunia.
[ FOTO REUTERS ] Pasukan Uruguay menjalani latihan di Montevideo, Uruguay, kelmarin dalam persiapan menjelang Piala Dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia