Berita Harian

Pemilik hotel bayar gaji rendah didenda AS$200,000

-

Hobart: Seorang pemilik hotel di Tasmania yang secara sengaja membayar gaji kurang dan melakukan diskrimina­si ke atas pasangan Malaysia berdasarka­n kaum didenda lebih AS$200,000 (RM796,796.88) dalam satu keputusan penting mahkamah Australia.

Kien Hoong Loh dan isterinya, Kah Yoon Low, menerima bayaran gaji kurang melebihi AS$28,000 (RM111,551.56) ketika bekerja di hotel resort Scamander Beach di pantai timur negeri itu sehingga 2014.

Hakim Barbara Baker memutuskan, pemilik hotel, Chang Yen Chang membuat keputusan sengaja melayan pasangan suami itu berbeza berbanding kakitangan tempatan.

“Pemilik hotel (Yen Chang) sedar kewajipann­ya memberi gaji berpatutan kepada pasangan itu. Mereka diambil kesempatan kerana berasal dari Malaysia dan berketurun­an Cina.

“Yen Chang memutuskan mengambil pekerja dari Malaysia, sebahagian­nya kerana dia tahu rakyat Malaysia bersetuju bekerja enam hari seminggu. Dia juga tahu di Malaysia, ia adalah kebiasaan untuk bekerja enam atau tujuh hari seminggu,” katanya dalam keputusan mahkamah persekutua­n.

Hoong Loh, bekerja sebagai ketua cef di restoran hotel dari 2010 hingga 2014 menggunaka­n visa bekerja 457, dibayar gaji kurang melebihi AS$20,000 (RM79,679.69). Dia bekerja antara 33 hingga 57 jam seminggu.

Sementara Yoon Low, bekerja sehingga 51 jam seminggu sebagai kakitangan dapur selama lima bulan, dibayar separuh daripada selayaknya. Dia berhenti selepas beban kerja terlalu banyak, katanya kepada mahkamah.

Yen Chang didenda AS$35,099 (RM139,833.87) manakala syarikatny­a Yenida Pty Ltd dikenakan penalti AS$176,005 (RM701,201.17). AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia