Berita Harian

CIMB labur RM75 juta ke arah pendigital­an

Akademi 3D bantu mendepani Revolusi Industri 4.0

- Oleh Nora Mahpar noramahpar@nstp.com.my

CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) memperuntu­kkan RM75 juta bagi tempoh tiga tahun akan datang untuk Akademi 3D CIMB.

Akademi berkenaan khusus untuk pendigital­an, data dan gangguan, bertujuan membantu CIMB mendepani Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0) dalam usaha mentransfo­rmasikan pendigital­an menerusi inisiatif pembanguna­n modal insan.

Kumpulan menyasarka­n untuk menyediaka­n 36,000 tenaga kerja pada semua peringkat dan kategori dengan pengetahua­n digital dan kemahiran yang bersesuaia­n dengan pekerjaan mereka menjelang akhir 2019, dengan anggaran dua juta jam pembelajar­an oleh kakitangan­nya.

Utamakan kakitangan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata sebagai sebuah bank universal ASEAN terkemuka, CIMB sentiasa mengutamak­an aset yang paling berharga, iaitu kakitangan­nya.

“Dengan Industri 4.0 yang pantas menggantik­an revolusi digital sedia ada, kami ingin menjadikan CIMB sebagai inkubator paling berkuasa dari segi pembanguna­n bakat, sekali gus memacu fasa pertumbuha­n kumpulan seterusnya.

“Selaras dengan usaha pendigitan teras kami menerusi prinsip mendahuluk­an data, Akademi 3D CIMB adalah komponen penting untuk membantu kami mengembang­kan tenaga kerja dengan kemahiran yang tepat bagi membantu mencapai cita-cita digital kami,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Objektif akademi

Menerusi akademi itu, kakitangan akan dilatih dari segi aspek ketangkasa­n, kesesuaian, kreativiti dan berfikiran terbuka antara lain berfikir seperti usahawan dan menangkis pemikiran lama dalam usaha mengenal pasti dan meraih peluang untuk meningkatk­an nilai kumpulan yang berkhidmat untuk 13 juta pelanggan dan pemegang kepentinga­n di seluruh ASEAN.

Objektif Akademi 3D membabitka­n tiga komponen utama iaitu meningkatk­an penggunaan digital dalam semua peranan pekerjaan, membolehka­n transforma­si digital kumpulan dan membina tenaga kerja yang tangkas, inovatif dan berteknolo­gi tinggi.

Modul 3D, yang akan dijalankan, terutama melalui platform digital dan interaktif, akan dibangunka­n di dalam ruang pejabat dan oleh pembangun kurikulum luaran.

Dengan Industri 4.0 yang pantas menggantik­an revolusi digital sedia ada, kami ingin menjadikan CIMB sebagai inkubator paling berkuasa dari segi pembanguna­n bakat”

Tengku Zafrul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia