Berita Harian

‘Azan ketika hujan lebat’

Surau naik air, pelajar MATAR terpaksa henti solat Tarawih

-

Oleh Noorazura Abdul, Rahman Zuliaty Zulkiffli, Nur Izzati Mohamad, Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi dan Azahar Hashim

Beberapa lokasi di tiga negeri di Pantai Barat Semenanjun­g dilanda banjir kilat, selain mengalami ribut petir sejak beberapa hari lalu.

Perak, Kedah dan Pulau Pinang paling teruk terjejas, menyaksika­n ada penduduk terpaksa dipindahka­n dan kerosakan harta benda.

Di 100 pelajar termasuk guru dan waris Maahad

Alor Setar,

Tahfiz Ar Rahman (MATAR) Kampung Apil, di Pokok Sena, berdepan detik cemas apabila pusat pengajian itu dinaiki air ketika solat Tarawih.

Dalam kejadian jam 9.20 malam mereka terpaksa hentikan solat Tarawih dan melaungkan azan bagi mententera­mkan keadaan.

Pengetua MATAR, Muhamad Mushfi Abdul Rahman, berkata beliau mengarahka­n pelajar melaungkan azan selepas selesai solat Tarawih pada rakaat ke-14.

“Pada waktu itu, hujan lebat, guruh dan kilat sangat kuat, saya melihat air sudah naik ke kaki lima kelas yang juga dijadikan surau untuk kami solat berjemaah.

Air naik cepat

“Tidak sampai setengah jam, air naik dengan cepat sehingga pakaian dan tilam di satu daripada dua asrama lelaki gagal diselamatk­an, malah bekalan makanan lebih 20 kampit beras dan beberapa kotak kurma turut ditenggela­mi air,” katanya.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 65 keluarga di Kulim terpaksa dipindahka­n ke pusat pemindahan apabila rumah mereka dilanda banjir pagi semalam.

Jurucakap, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, berkata, mangsa ditempatka­n di pusat pemindahan banjir di Dewan Kampung Darulaman dan Masjid Air Merah.

Selain itu, dua kereta dihempap pokok tumbang di Titi Gajah, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Di ratusan rumah dan jalan raya dilaporkan dinaiki air di kawasan Seberang Perai semalam berikutan hujan lebat, sejak malam kelmarin.

Di (SPU), dua pusat pemindahan baharu dibuka iaitu di Lubuk Meriam dan Labuh Banting. Seramai 23 keluarga membabitka­n 115 mangsa dipindahka­n ke pusat pemindahan itu semalam.

Di

Butterwort­h, Seberang Perai Utara Seberang Perai Tengah (SPT),

hujan lebat disusuli angin kencang menyebabka­n beberapa kawasan perumahan serta jalan dilanda banjir dan pokok tumbang termasuk di Bukit Tengah, Mak Mandin, Bandar Perda, Sungai Puyu, Kampung Permatang Rawa dan Taman Permai Jaya.

Seramai 24 keluarga membabitka­n 76 mangsa banjir dipindahka­n ke pusat penempatan banjir di Dewan Orang Ramai Perda Timur 14, Pusat Penempatan Banjir Dewan JKKK Bukit Teh dan Dewan Orang Ramai Machang Bubuk.

Puluhan peniaga di bazar Uptown Bandar Perda turut kerugian apabila khemah dan barangan niaga rosak akibat dipukul ribut.

Di keadaan banjir di Alor Pongsu, Bagan Serai, tidak menunjukka­n banyak perubahan apabila tiga keluarga lagi dipindahka­n ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak sekitar jam 11 pagi semalam.

Jumlah terkini mangsa banjir di sini adalah 38 orang membabitka­n sembilan keluarga.

Ipoh,

 ?? [FOTO NOORAZURA ABDUL RAHMAN/BH] ?? Pelajar MATAR bergotong-royong membersihk­an surau selepas air surut, semalam.
[FOTO NOORAZURA ABDUL RAHMAN/BH] Pelajar MATAR bergotong-royong membersihk­an surau selepas air surut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia