Berita Harian

Shahidan akui utus surat kepada MB Perlis

-

Kangar: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengakui menghantar surat kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, beberapa hari lalu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bagaimanap­un enggan memaklumka­n isi kandungan surat yang dihantar menggunaka­n pihak ketiga itu, sebaliknya meminta bertanya kepada Azlan sendiri mengenai butiran surat berkenaan.

“Kalau you nak tahu, call tanya Azlan apa (kandungan) surat tu,” katanya ringkas ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, sumber mendakwa surat yang dihantar Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau kepada Azlan adalah surat meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar.

Surat minta lepas jawatan

“Surat berkenaan juga memaklumka­n Azlan perlu melepaskan jawatan kerana tidak mempunyai sokongan majoriti daripada wakil rakyat BN yang lain,” katanya.

Sumber berkenaan juga memaklumka­n sembilan wakil rakyat yang tidak hadir pada majlis istiadat angkat sumpah Menteri Besar, Khamis lalu dipercayai masih tidak bersetuju Azlan menjadi Menteri Besar Perlis.

“Ada antara yang muncul di beberapa program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing adalah atas dasar tanggungja­wab.

“Apabila media bertanya, mereka mengakui akur dan menjunjung perintah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l.

“Namun, mereka tidak menyatakan sokongan mereka terhadap Azlan. Jika mereka sokong sudah lama kenyataan dibuat kepada media,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengulas laporan sebuah portal semalam yang mengatakan sembilan wakil rakyat berkenaan akan membuat pusingan ‘U’ dengan memberi sokongan kepada Azlan sebagai Menteri Besar.

Sementara itu, usaha mendapatka­n reaksi Azlan bagaimanap­un gagal apabila beliau tidak menjawab panggilan serta membalas mesej yang dihantar.

 ??  ?? Keratan akhbar BH Sabtu lalu.
Keratan akhbar BH Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia