Berita Harian

Hutang bukan alasan tiada bonus: UMNO

-

Kuala Lumpur: UMNO berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menggunaka­n isu hutang negara yang didakwa mencecah RM1 trilion sebagai alasan tidak membayar bonus kepada penjawat awam dan peneroka FELDA.

Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO dalam kenyataan semalam mengulangi kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh dan kuat.

Bagaimanap­un, kenyataan itu menyebut, Guan Eng kemudian memberikan alasan ekonomi negara lemah dan hanya mempertimb­angkan pembayaran bonus hari raya untuk penjawat awam yang bergaji rendah saja.

Tanda penghargaa­n

Sehubungan itu, UMNO meminta kerajaan untuk meneruskan pemberian bonus sebagai tanda penghargaa­n terhadap sumbangan dan kerja keras penjawat awam dan peneroka FELDA.

Menurut kenyataan itu, di bawah pentadbira­n kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, penjawat awam akan dibayar bonus raya sebanyak RM500 setiap tahun.

Sepanjang sembilan tahun lalu, katanya, kerajaan BN memberi perhatian khusus untuk memperbetu­lkan kedudukan tangga gaji penjawat awam yang bergaji rendah.

“Kami berharap Kerajaan mengiktira­f keadaan sektor perkhidmat­an awam dan jurang gaji yang besar berbanding sektor swasta.

“Selain itu, isi rumah peneroka FELDA sebelum ini juga turut dibayar bonus sebanyak RM500, namun belum ada lagi pengumuman buat mereka,” katanya.

Dalam pada itu, UMNO berterima kasih kepada kerajaan PH kerana bersedia melunaskan pembayaran kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sebelum ini dijadualka­n bulan depan sebelum sambutan Aidilfitri.

“Pemberian ini akan memeriahka­n Aidilfitri kepada berjuta-juta penerima, yang akan menyambutn­ya dalam dua minggu lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia