Citarasa istimewa pelbagai budaya
Air tangan cef berpengalaman The Buzz Cafe Hotel Premiére
Bertemakan Warna-warni Ramadan, Hotel Premiére di Bandar Bukit Tinggi Klang menyediakan pelbagai juadah menyelerakan buat santapan seisi keluarga.
Selami keistimewaan citarasa kepelbagaian budaya dalam setiap hidangannya hasil air tangan chef berpengalaman di The Buzz Cafe hotel berkenaan.
Antara menu yang mesti dicuba ialah kambing masak ambeler iaitu masakan tradisi masyarakat keturunan Portugis yang dimasak sendiri oleh Sous Chef, Timothy Gomes.
Rasa perapan daging dan campuran pelbagai rempah ratus termasuk kunyit hidup, lengkuas dan belacan menyerlahkan rasa asli masakan yang cukup popular di negeri Melaka itu menambahkan lagi keenakan.
Juadah tradisional
Juadah lain yang boleh dicuba adalah daging gulai kawah, kambing panggang, ayam masak ungkep jawa, udang galah berlada, ikan patin tempoyak, siput sedut masak lemak, gulai itik seranti, ketam goreng berlada, gulai kepala ikan salmon dan banyak lagi.
Bagi penggemar pemanis mulut, kuih-muih tradisional seperti talam suji, cara berlauk, lepat pisang, popiah basah, serawa pulut durian, ais kepal milo, bubur pulut hitam, pengat pisang, apam balik dan sebagainya.
Harga promosi pembelian bermula 1 Mei hingga hari ini ialah RM98 seorang manakala selepas itu RM118 seorang.
Untuk setiap pembelian 10 baucer pada RM1,180 pengunjung layak mendapat baucar Ramadan dan Spa Tropika percuma.
Hubungi 03-33256828 / 03-33256879 atau emel ke fnb@premiere-hotels. wct.my untuk pertanyaan mahupun tempahan.