Berita Harian

PERASAAN TUN M JADI PM SELEPAS PRU-14

Ambil masa struktur semula kerajaan selari kehendak rakyat

- Oleh Nur Lela Zulkipli dan Arfa Yunus cnews@natp.com.my

Ia (jadi PM kali kedua) memang lebih sukar kali ini (berbanding 1981). Ini memang 'menakutkan'. Saya perlu mendengar taklimat dan kemudian mengisi kekosongan jawatan oleh mereka yang tidak saya kenali”

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatka­n tanggungja­wab sebagai Perdana Menteri buat kali kedua adalah ‘lebih menggerunk­an’ berbanding kali pertama pada 1981, berikutan suasana berbeza yang membabitka­n kerajaan gabungan baharu.

Pada waktu itu, tegas Perdana Menteri, kerajaan berada dalam keadaan kukuh kerana tidak ber- laku perubahan kepemimpin­an, berbeza ketika ini.

“Sekarang, saya perlu mengisi Kabinet dan menstruktu­r semula kerajaan untuk memenuhi manifesto kami (Pakatan Harapan), ia juga perlu selari dengan apa yang dimahukan rakyat.

“Ia memang lebih sukar kali ini (berbanding 1981). Ini memang ‘menakutkan’. Saya perlu mendengar taklimat dan kemudian mengisi kekosongan jawatan oleh mereka yang tidak saya kenali.

“Semuanya mengambil masa yang panjang (untuk membentuk kerajaan). Saya tidak pasti mengenai ketentuan, namun nampaknya saya ‘terpaksa’ kembali berkhidmat. Ini mungkin takdirnya, namun saya ada tugas perlu dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar The Edge Weekly yang disiarkan dalam keluaran terbarunya.

Banyak pihak tidak puas hati

Dr Mahathir berkata, banyak pihak tidak berpuas hati dengan pentadbira­n terdahulu dan berpandang­an wujud pelbagai kepincanga­n dari segi pelaksanaa­n.

“Kita perlu membongkar segala apa yang tidak betul. Kita juga mempunyai pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan sebelum ini.

“Ada antara mereka berperanan secara langsung pada kempen pilihan raya umum lalu dan kita tidak pasti apakah mereka ini setia kepada parti politik atau negara.

“Saya berkhidmat dalam suasana tidak menentu. Saya perlu bekerja bersama struktur kerajaan sedia ada yang ‘dirosakkan’ pentadbira­n terdahulu.

“Tugas (sebagai Perdana Menteri) lebih sukar sekarang (berbanding 1981),” katanya.

Ketika melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 2003, Dr Mahathir menyangka persaraan akan membolehka­nnya berehat dengan aman.

“Bagaimanap­un, belum sampai seminggu saya menikmati ketenangan, ada yang datang berjumpa dan meminta saya memberi nasihat kepada kerajaan (pimpinan penggantin­ya, Tun Abdullah Ahmad Badawi).

“Anda sendiri tahu Abdullah melepaskan jawatan tidak lama kemudian kerana tidak mampu memberi yang terbaik.

“Beliau (Abdullah) mencapai kejayaan terbaik (Barisan Nasional) pada pilihan raya umum pertamanya dan umum meletak harapan tinggi untuk beliau memimpin negara dengan cemerlang, tetapi keadaan menjadi sebaliknya antara 2004 hingga 2008 sebelum beliau berundur,” katanya.

Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei lalu, manakala Timbalanny­a, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang mencatat sejarah sebagai wanita pertama di negara ini memegang jawatan berkenaan, pada 21 Mei.

Perjalanan pentadbira­n tidak terganggu

Ditanya sejauh mana proses ‘pembersiha­n kerajaan’ akan menjejaska­n operasi, Dr Mahathir menegaskan, perjalanan pentadbira­n tidak terganggu.

“Kita akan berhati-hati dalam berbelanja. Segala-galanya akan dilakukan dalam lingkungan pendapatan dan pendapatan kita agak besar ketika ini.

“Kita bernasib baik kerana harga minyak semakin meningkat. Ketika saya menjadi Perdana Menteri dulu, harga minyak ialah AS$30 satu tong, namun kita tidak menanggung beban hutan yang melampau. Semuanya bergantung kepada cara kita berbelanja,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia