Berita Harian

BN alpa aspirasi orang muda Sabah

-

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Masidi Manjun mengakui pencapaian teruk Barisan Nasional (BN) di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah kerana kurangnya perhatian dan kegagalan memahami cita rasa orang muda.

Bekas Menteri Kebudayaan, Pelanconga­n dan Alam Sekitar negeri itu berkata, selepas tidak lagi berada di dalam kerajaan, beliau banyak membaca komen menerusi laman sosial dan mendapati selaku pemimpin mereka banyak terlepas pandang.

Katanya, kekalahan ini harus diterima dengan terbuka dan dijadikan teladan untuk memantapka­n lagi perjuangan mereka pada masa akan datang.

Tiada mustahil

“Percayalah.. kekalahan ini menjadikan kita ahli politik yang lebih kuat. Dalam politik tiada yang mustahil. Kita perlu memperbetu­lkan politik kita.

“Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat. Soal melompat (menyertai parti lain) tidak pernah terlintas dalam hati saya, biarlah jadi pembangkan­g bertanggun­gjawab,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa anjuran Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, apa yang diperlukan ketika ini adalah pemimpin politik yang boleh bekerja dan tidak dibuai dengan kemewahan dan kedudukan yang selesa sehingga terlupa tanggungja­wab.

Jadikan kekalahan sebagai pengajaran

“Pemimpin BN perlu menerima keputusan rakyat dan menjadikan kekalahan ini pengajaran berguna kepada semua.

“Kita akan tetap bersama, kuatkan semangat dan kesabaran untuk meneruskan perjuangan pada masa hadapan demi rakyat dan negara,” katanya.

Menurutnya, kehadiran ramai pemimpin pada majlis berkenaan membuktika­n semangat perjuangan BN masih utuh demi rakyat dan Sabah.

 ?? [ FOTO ERIKA GEORGE / BH ] ?? Talib mengagihka­n sumbangan buat penghuni PERYATIM, di Bintulu, kelmarin.
[ FOTO ERIKA GEORGE / BH ] Talib mengagihka­n sumbangan buat penghuni PERYATIM, di Bintulu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia