Berita Harian

Bazar Ramadan, Syawal peluang usahawan jana pendapatan

Medan MARA jadi tumpuan warga kota beli keperluan Aidilfitri

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Bazar atau gerai sementara diwujudkan sempena Ramadan dan Syawal menjadi platform terbaik usahawan, termasuk peniaga wanita menjual pelbagai koleksi pakaian dan tudung yang mesti dibeli pelanggan untuk digayakan menjelang lebaran.

Pemilik jenama pakaian Anna Apparel, Nik Mazlina Nik Mud, berkata beliau tidak ketinggala­n menjual baju kurung moden dan tradisiona­l di Medan MARA, Jalan Raja Laut kerana menjadi tumpuan warga kota membeli-belah keperluan raya.

Katanya, berdasarka­n pengalaman lalu, ramai pelanggan wanita gemar membeli pakaian siap kerana ada pelbagai rekaan, warna dan material, selain lebih murah berbanding yang ditempah.

Beliau menjual koleksi persalinan wanita, selain rekaan baju dengan warna sedondon untuk ibu dan anak yang kerap menjadi pilihan ketika musim perayaan.

“Jika dibandingk­an hari biasa, sasaran perniagaan sepanjang Ramadan meningkat tiga kali ganda dan boleh mencecah berpuluh ribu ringgit.

“Namun, peniaga juga perlu bersaing sesama sendiri secara sihat kerana koleksi pakaian diketengah­kan lazimnya tidak banyak perbezaan”, katanya kepada BH.

Rata-rata peniaga mempamerka­n koleksi persalinan Aidilfitri seperti baju kurung, jubah, tudung dan fesyen lain kerana itu barangan utama dicari pelanggan untuk keperluan hari raya

Yakin sewa bazar

Nik Mazlina berkata, tahun ini permintaan baju siap semakin meningkat dalam kalangan pembeli, lantas meyakinkan beliau untuk menyewa tapak bazar di Jalan TAR.

“Sebelum ini, koleksi persalinan menggunaka­n jenamanya laris dijual pada minggu kedua Ramadan dan kami terpaksa menyediaka­n stok yang baharu untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Tahun ini, kami ketengahka­n koleksi gaun labuh dengan sulaman 3D, selain baju kurung daripada material organza. Saya berharap koleksi ini mendapat sambutan menggalakk­an daripada pelanggan,” katanya.

Pengurus pakaian jenama Awatif, Siti Hawa Abd Rahiman, berkata selain di Medan MARA, kawasan di persekitar­annya seperti di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) adalah lokasi strategik dan ideal mencari pelbagai kelengkapa­n rumah seperti langsir, barang hiasan dan kuih-muih.

Katanya, warga kota mahu pilihan terbaik dan lazimnya di sekitar kawasan ini peniaga menawarkan koleksi pakaian dan tudung pada harga murah.

“Kuasa pelanggan untuk membeli-belah sebagai persediaan lebaran sememangny­a kuat jika dibandingk­an pada hari biasa,” katanya.

Pembantu gerai Carla Couture Kuala Lumpur, Fatin Nabila Mohd Nazuki, berkata bazar sementara menyediaka­n persiapan Aidilfitri menjadi pilihan peniaga menambah pendapatan menjelang lebaran.

Umpama pusat hentian setempat

Katanya, kehadiran pengunjung lebih ramai sepanjang Ramadan ternyata memberi rezeki kepada peniaga kerana hasil jualan mendapat sambutan menggalakk­an.

“Bazar diibaratka­n sebagai pusat hentian setempat yang menyediaka­n pelbagai keperluan sama ada kuih-muih atau kelengkapa­n raya,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Operasi Gema Lebaran, Iffah Hamed, berkata tapak bazar diwujudkan oleh pelbagai pihak sepanjang Ramadan memberikan kelebihan kerana banyak jenama terkemuka berhimpun di bawah satu bumbung.

“Seperti bazar Gema Lebaran ini, kami menghimpun­kan lebih 400 jenama terkemuka tempatan dengan menyasarka­n 150,000 pengunjung yang mencari kelengkapa­n Aidilfitri kali ini,” katanya.

Jika dibandingk­an hari biasa, sasaran perniagaan sepanjang Ramadan meningkat tiga kali ganda dan boleh mencecah berpuluh ribu ringgit” Nik Mazlina Nik Mud, Pemilik Anna Apparel

 ?? [FOTO SUPIAN AHMAD/BH] ?? Siti Hawa (kiri) melayan pelanggan yang datang mencari tudung untuk persiapan hari raya di gerainya di Medan MARA.
[FOTO SUPIAN AHMAD/BH] Siti Hawa (kiri) melayan pelanggan yang datang mencari tudung untuk persiapan hari raya di gerainya di Medan MARA.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia